C0vld-19: Kembali ke satu digit, hanya 2 kes positif tanpa sebarang kematian

Walaupun tiada sidang media dilaporkan pada hari ini, Perkembangan berkaitan pendemik C0vld-19 di Malaysia masih dimaklumkan menerusi laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Facebook rasmi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada hari ini, jumlah kes positif yang dilaporkan sudah kembali ke satu angka apabila hanya 2 kes dilaporkan. Lebih melegakan apabila tiada sebarang kem4tian dicatatkan juga.

Selain itu, sebanyak 20 kes dimaklumkan sudah sembuh dan dibenarkan untuk dicaj daripada wad. Manakala hanya 4 kes sahaja di Unit Rawatan Rapi dengan 1 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menyertakan sekali jumlah keseluruhan bagi kes positif di Malaysia serta jumlah kes yang telah sembuh. Jumlah kem4tian juga masih kekal seramai 121 orang sejak pendemik ini menular sekitar pertengahan Mac 2020.

 

Beliau telah memperincikan laporan tersebut dengan menjelaskan 1 kes import adalah daripada jangkitan yang diperoleh di luar negara iaitu di mesir dan satu lagi kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud Sabah.

Kedua-duanya penularan tersebut adalah melibatkan warganegara Malaysia. Walau bagaimapun, tiada sebarang penularan dalam kalangan bukan warganegara direkodkan pada hari ini.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "C0vld-19: Kembali ke satu digit, hanya 2 kes positif tanpa sebarang kematian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*