Tengah Khusyuk Terbayang Meniti Hari Tua, Isteri Ustaz Azhar Idrus Buat “Plot Twist” Bikin Ramai Geli Hati

Ada antara kita mengidamkan perkahwinan di usia yang muda. Harus diingatkan bahawa cinta bukan lah segala-galanya. Ada faktor lain yang perlu dinilai sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Memiliki pasangan yang memahami juga antara anugerah yang tidak ternilai untuk mereka yang berumah tangga. Dalam agama turut menggalakkan suami isteri agar meluangkan masa untuk bergurau senda.

Bercerita soal rumah tangga, penceramah terkenal tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah menarik mata orang ramai. Dia dilihat sangat bahagia bersama isteri, Rogayah Sulong di ruangan Facebook.

ISTERI UAI SEMPAT MUAT NAIK STATUS BERGURAU

Hal itu jelas terlihat apabila isteri UAI memuat naik status bergurau di laman Facebook miliknya beberapa hari lepas sambil mengabadikan memori sebagai pasangan suami isteri.

Gambar yang berlatarbelakangkan Susana kampung, Rogayah ada menitipkan kata-kata romantik terhadap UAI dalam mengenangkan nasib mereka di hari tua kelak.

“Sayang.. Satu hari nanti bila anak-anak dah berkeluarga, pasti diorang akan tinggalkan kita.”

“Rasanya ini lah tempat yang paling sesuai untuk kita habiskan sisa-sisa hidup kita berdua.”

DOK INGAT MU ADA BINIM SORANG LAGI-SELOr0h ROGAYAH

“Tempat yang jauh dari kesibukan kota, tenang dan damai rasanya. Eh dok ingat mu ada binim sorang agi. Ciss baru nok feeling-feeling tadi.” Selor0h Rogayah.

Memakai niqab tidak menghalang dari seorang isteri bercanda dengan orang tersayang. Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata warganet terhibur dengan caption yang dimuat naik oleh Rogayah tersebut.

Pada awal penulisan memberi bayangan kepada perkara indah di hari tua namun ada plot twist di akhir cerita. Dah macam drama pvkul tujuh pulak gayanya.

NETIZEN MENDOAKAN KEBAHAGIAAN UAI DAN ISTERI

Apa pun, mereka mendoakan kebahagiaan buat UAI dan juga Rogayah sehingga ke akhir hayat. Mereka sangat mengh4rapkan kisah kedua figura ini menjadi contoh kepada pasangan lain.

Kesimpulannya, perkahwinan perlu dibina atas dasar kasih sayang dan juga saling memahami. Dengan adanya dua elemen ini dapat membantu suami isteri kekal bahagia senantiasa.

 

Sumber : Info Meecks

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tengah Khusyuk Terbayang Meniti Hari Tua, Isteri Ustaz Azhar Idrus Buat “Plot Twist” Bikin Ramai Geli Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*