Arab Saudi Sumbang Lebih Tujuh Juta Unit Peralatan Pervbatan Kepada Malaysia

Kerajaan Arab Saudi dengan perkenan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, menyumbang sebanyak 7,542,170 unit peralatan perubatan kepada Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dikongsikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan dalam pertemuan mereka di Wisma Putra di sini hari ini.

Kesemua peralatan perubatan itu disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre, katanya dalam kenyataan selepas pertemuan itu.

Peralatan itu termasuk lima juta unit pelitup muka pembedahan, pelitup muka N95 (satu juta), pakaian khas (741,840), pelindung muka (300,000), penutup kepala (200,000), pakaian pelindung d1ri (200,000) dan penutup boot (100,000).

Arab Saudi turut menyumbang 150 unit ventilator mudah alih, ‘non-invasive ventilators’ (100) dan ventilator unit rawatan rapi (80).

Hishammuddin berkata buat masa ini, satu juta unit pelitup muka N95 telah sampai di Malaysia dan telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan, manakala lain-lain peralatan akan sampai secara berperingkat.

“Sesungguhnya, perkenan Raja Salman dan kesanggupan kerajaan Arab Saudi membantu Malaysia dalam perkara ini sekali gus membuktikan keakraban hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Hishammuddin turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak Seri Padvka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : Bernama , Hisham Hussein

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Arab Saudi Sumbang Lebih Tujuh Juta Unit Peralatan Pervbatan Kepada Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*