Pemain JDT Safawi Rasid Tayang P0rsche Baru, Sekali TMJ Datang Komen

Pemain bola sepak ternama dengan kereta mewah sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan pemain di seluruh dunia juga gemar memiliki dan menyimpan koleksi kereta mewah sebagai hobi.

Sebut sahaja bintang ternama seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar Jr, semuanya memiliki koleksi kereta mewah bernilai jutaan ringgit.

Bagaimana pula dengan pemain bola sepak Malaysia? Tidak dinafikan sejak dahulu para pemain tempatan tidak ketinggalan memiliki kereta idaman lelaki terutama golongan muda.

Apatah lagi kini pemain menerima gaji puluhan ribu ringgit, malah ada yang bergaji ratusan ribu ringgit sebulan.

Jadi bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk melihat pemain yang baru meningkat naik sudah mampu membeli kereta ‘sport’ bernilai hampir setengah juta.

Lagi lah kalau seseorang pemain itu bermain dengan pasukan The Southern Tiger, yang sinonim dengan kelab paling kaya di Malaysia.

Menerusi entri terbaru di Instagram, ramai tertanya-tanya adakah penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kini memiliki ‘permainan baharu?’

Penyerang kebangsaan itu berkesempatan berkongsi ‘jentera mewah’ dipercayai kereta baharunya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada peminatnya.

Dalam ucapan ringkasnya, pemain berusia 23 tahun itu sempat memberi peringatan supaya dapat terus menjaga d1ri ketika pandemik COVID-19 masih lagi melanda negara ini.

” SHRMZB #kitajagakita #semogaistiqomah ,” kata Safawi.

Sekali TMJ komen

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche.

Menariknya, hantaran terbabit turut mendapat perhatian pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang men1ngg4lkan komen beliau.

” Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.

Komen TMJ itu lantas mendapat reaksi warganet yang memberi respon kepada komen pemilik pasukan bola sepak selatan tanah air itu.

Malah Safawi turut membalas semula komen TMJ itu.

” Junjung kasih Tuanku, Alhamdulillah Tuanku..” balas Safawi

Sekilas info tentang Safawi Rasid

Berketinggian 1.73 meter., Safawi adalah anak kesembilan daripada 13 adik-beradik.

Beliau pernah bekerja sebagai tukang rumah, mempunyai kar4kter pendiam dan pemalu, namun dalam masa yang sama suka berkawan.

Mula melibatkan d1ri dalam sukan bola sepak secara serius sejak berumur 17 tahun. Beliau menanamkan niat menceburi bidang itu untuk mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga.

Merangkul trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda h4rapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

Tersenarai dalam 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang. Antara lain, nama yang disenaraikan termasuk pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia lain.

Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti wanita popular, kini dikatakan rapat dengan pelakon, Syifa Melvin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pemain JDT Safawi Rasid Tayang P0rsche Baru, Sekali TMJ Datang Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*