C0VlD-19 masih jauh untuk berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Jumlah kes C0VlD-19 di Malaysia merangkumi 0.4 peratus daripada 5,559,130 kes dicatatkan di seluruh dunia, sekali gus dilihat semakin serius dan masih jauh untuk berakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun jumlah kes baharu di negara ini, dilihat berkurangan.

Beliau berkata, jumlah kes kembali ke angka dua digit selepas menunjukkan peningkatan disebabkan pengesanan kes C0VlD-19 di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

“Penurunan kes C0VlD-19 daripada penularan tempatan ini selaras dengan unjuran sebelum ini oleh pihak kementerian.

“Ia hasil tindakan kesihatan awam yang dilaksanakan sejak sebulan lalu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Selain itu, penurunan jumlah kes itu turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk pelbagai sektor dan industri,” katanya dalam sidang media harian C0VlD-19 di sini, hari ini.

Ringkasan Kes C0VlD-19 pada 27 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 15

Perincian kes baharu:-

–> 6 kes import (0 BWN, 6 WN)

–> 9 kes penularan tempatan ( 4 BWN, 5 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,619

Jumlah kes aktif: 1,421

Kes sembuh: 42

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,083

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kem4tian: 0

Jumlah keseluruhan kem4tian: 115

Nasihat berkaitan C0VlD-19

1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)

2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)

3) Terus patuh kepada S.O.P

– CPRC KKM

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan C0VlD-19 yang dikesan dalam kalangan pes4kit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, c1rit b1rit serta sesak nafas.

Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa.

“Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.

“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghad1ri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian C0VlD-19, di sini sini, hari ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala.

Video :

sumber hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "C0VlD-19 masih jauh untuk berakhir – Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*