Pavithra Berhasrat untuk Membeli Pakaian Baru Sempena Gaji Pertama dari Youtube

Penantian pasangan YouTuber suami isteri sensasi yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ untuk mendapatkan gaji daripada laman YouTube sejak Januari lepas berakhir hari ini. S. Pavithra, 28, datang ke Pejabat Pos Besar Perak di sini dari Sungai Siput untuk membuat tuntutan bayaran gaji tertunggak itu sebaik menjadi rakan YouTube (YouTube Partner) dengan penuh kegembiraan dan berbekalkan beberapa perancangan untuk keluarga tersayang.

Ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong di sini berkata gaji sulung sebagai YouTuber itu antaranya akan digunakan untuk membeli pakaian baharu buat d1rinya serta ahli keluarga yang lain.

“Kami bukan orang senang. Sekarang dah dapat gaji walaupun tak banyak seperti yang heboh orang bincang di media sosial, tetapi saya dan suami sangat gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.

“Saya akan gunakan untuk beli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, beliau dan suami M. Sugu, 29, menafikan bahawa mereka telah membuka beberapa akaun media sosial atas nama ‘Sugu Pavithra’ kerana hanya mempunyai akaun YouTube setakat ini.

“Saya berh4rap kawan-kawan (warganet) dapat membantu laporkan kepada pihak berkuasa perkara ini kerana saya bimbang ada yang akan mengambil kesempatan,” ujarnya.

Pasangan itu turut mendapat banyak panggilan syarikat atau orang perseorangan untuk memberi sumbangan bahan masakan, makanan selain peralatan elektrik, namun katanya apa yang dimiliki sekarang telah memadai.

Pavithra berkata lebih membanggakan adalah mendapat ucapan tahniah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa hadiah termasuk tripod yang menjadi per4ngsang bagi terus berkongsi video memasak.

“Selepas tersiar temu ramah dengan Bernama saya mula sibuk, setiap hari berpuluh-puluh panggilan dan ada juga stesen radio dari India yang mahu temu ramah saya, kerana suami pemalu.

“Hidup kami kini berubah dan saya terpaksa menyediakan satu buku untuk susun jadual temu ramah atau kunjungan,” tambahnya.

Pavithra berkata disebabkan itu, dia dan suami tidak dapat berkongsi klip video memasak dengan kerap kerana hanya mempunyai satu telefon bimbit dan risau terdapat panggilan masuk jika sedang membuat rakaman.

Sumber : Bernama , mempelam , Zahra

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pavithra Berhasrat untuk Membeli Pakaian Baru Sempena Gaji Pertama dari Youtube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*