Bayaran Bantvan Prihatin Nasi0nal Atau BPN. Menteri Kewangan Memberi ‘Berita Baik’ Kepada Penerima Yang Masih Menunggu Duit Masuk

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

Pemohon juga diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Bayaran fasa kedua BPN sehingga 22 Mei

Malah, bayaran bagi fasa kedua BPN yang sepatutnya selesai hujung minggu lalu akan diteruskan sehingga 22 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Selama hampir dua bulan tanpa henti, pegawai-pegawai ini bertungkus-lumus memastikan BPN dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.

Menurutnya, bayaran untuk BPN bagi permohonan baharu dan rayuan mula diberikan sejak 15 Mei lalu yang membabitkan 830,000 penerima dengan bayaran sebanyak RM620 juta.

“Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

“Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu, namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei ini,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bayaran Bantvan Prihatin Nasi0nal Atau BPN. Menteri Kewangan Memberi ‘Berita Baik’ Kepada Penerima Yang Masih Menunggu Duit Masuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*