Kerajaan putvskan tiada bazar Ramadan di seluruh negara tahun 2020

PUTRAJAYA – Semua bentuk bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, langkah itu diambil bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) akan terlaksana.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat termasuk pakar-pakar dan badan-badan bukan kerajaan.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan bahawa sebarang bentuk bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kerajaan putvskan tiada bazar Ramadan di seluruh negara tahun 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*