Sharifah Shahirah kini bertudung.

PELAKON, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah berkongsi sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sharifah Shahirah, 46, atau mesra disapa Shiera berkata, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak C0vid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.

“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wab4k ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada pen4war, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.

“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki d1ri,” katanya kepada Harian Metro.

Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berkata, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.

Shiera berkata, dia tetap berkawan dan menghorm4ti orang lain.

“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga.

“Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.

“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi d1ri send1ri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selalu kalau tanya negara budak2 google Kita tetap suka beli cenghini Sbb belajar world map memang tampal blakang pintu hapal sungai kat malaysia tau..tapi peta malaysia Anak kita tanya GRik pun krik krik tak tau kat mana… Dulu kerja dok kira bila naknsampai tapi dulu batu tulis miles 1miles equals to 1.6km ..agaknya…aku pun lupa Odda cari wuhan kat mana….baru tahu yee

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sharifah Shahirah kini bertudung."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*