“Anda Harus Terus Tabah Dan Kuat,” – Nasihat Zarina Zainuddin kpd Sesiapa yg Memiliki Anak Autism

Bukan satu perkara mudah bagi setiap ibu bapa yang memiliki anak menghidap Autism dan itulah yang dilalui pelakon senior, Zarina Zainuddin.

Menerusi akaun media sosial Instagram, Zarina ada menitipkan kata ucapan bersempena Hari Autism Sedunia yang disambut pada tanggal 2 April setiap tahun.

Pelakon berusia 49 tahun ini mendoakan agar setiap ibu bapa yang memiliki anak istimewa itu untuk sentiasa tabah dan kuat mengharungi ujian kehidupan.

“Selamat hari Autism Sedunia Tak tahu nak cakap apa dah.

“Semoga mereka yang ada anak anak autism terus tabah dan kuat #autism #autismawareness #azilazal,” tvlisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut menitipkan kata semangat buat Zarina agar juga terus cekal dan tabah untuk menyayangi anaknya.

Sekadar informasi, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap Autism iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Video: Instagram Zarina Zainuddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Anda Harus Terus Tabah Dan Kuat,” – Nasihat Zarina Zainuddin kpd Sesiapa yg Memiliki Anak Autism"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*