Sayu melihat ank kecil yang ditinggalkan, jururawat mavt angk4ra C0vld-19

Besar tanggungjawab anggota frontliners kita.walaupun ini berlaku di negara seberang, tapi ketahuilah bahaya covid-19 amat berbahaya tidak mengenal muda dan tua.

duduk di rumah jika kita sayangkan ahli keluarga masing2. sayu melihat anak kecil ini ditinggalkan setelah mamanya seorang jururawat maut angkara covid-19.

Kisah jururawat ini gempar bilamana penduduk sebuah kampung di Jawa Tengah, Indonesia bertindak menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meninggal dunia kerana positif virus C0V1D19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka.

Jenazah sepatutnya dikebumikan di kampung halamannya di Pemakaman Umum Sewakul, pada Khamis.

Namun sekumpulan penduduk desa itu menghalang pihak berkuasa berbuat demikian kerana bimbang virus itu akan tersebar di desa mereka.

Van jenazah terpaksa berpatah balik ke hospital dan jenazah kemudiannya dikebumikan di kawasan perkuburan di hospital Dr Kariadi, Semarang.

Menurut media tempatan, sekumpulan penduduk menghalang pihak berkuasa daripada memasuki tanah perkuburan di desa itu sekalipun semua persiapan pengebumian telah dilakukan.

Malah keluarga jururawat itu turut menangis dan merayu agar penduduk kampung tidak berbuat demikian.

Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dalam satu kenyataan menyatakan kekesalan berhubung kejadian itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.

Apatah lagi membabitkan seorang petugas kesihatan, yang berjasa kepada masyarakat dan negara

Beliau adalah barisan hadapan untuk negara-nya, tinggalkan keluarga semta-mata berjuang untuk kesihatan orang ramai.

Tidak layak beliau diperlakukan sebegitu, tugasnya yang mulia sepatutnya dipandang tinggi oleh semua.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya

Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah

Terdahulu, PENYANYI popular Indonesia, Yuni Shara meluahkan rasa kesal dan sedih apabila ada masyarakat menolak jenazah pesakit Covid-19 daripada dikebumikan ditempat tinggal mereka.

Menurut laporan Grid.ID, Yuni berkata berita mengenai perkara itu menyebabkan dia dan rakan artis lain turut bersedih dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

“Kejadian masyarakat tak mahu jenazah ditanam di tempat mereka amat menyedihkan.

“Pesakit ini sudah lama menderita sepanjang akhir hayatnya dan dikuarantin tanpa bertemu keluarga.

“Sedangkan tinggal berjauhan dengan keluarga sudah menyiksakan, bayangkan apabila jenazahnya diperlakukan sedemikian. Cukup kasihan!,” katanya.

Justeru itu, adik kepada penyanyi Kris Dayanti ini berharap tindakan tidak berperikemanusian itu dapat dihentikan.

Tambahan pula, teknologi perubatan pada hari ini dapat membantu menguruskan jenazah tanpa memberikan kesan kepada masyarakat setempat.

“Saya mohon jangan lakukan seperti itu lagi kerana jika ada keluarga yang dilakukan sebegitu pasti berasa sedih dan amat menyakitkan.

“Jangan ditambah lagi hal-hal sebegini. Lagipun ada orang lain yang akan menguruskan pengebumian itu nanti,” ujarnya.

SUMBER – kotakmedia


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sayu melihat ank kecil yang ditinggalkan, jururawat mavt angk4ra C0vld-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*