“Terima Kasih Kepada Yang Mendoakan & Hulur Bantuan Kewangan…” – Bob Lokman Dah Keluar Hospital

Pelakon dan penulis l1rik popular Bob Lokman memanjatkan rasa syukur kerana telah dibenarkan pulang dari h0sp1tal selepas 17 hari dir4wat di h0sp1tal UiTM Sungai Buloh, Selangor sejak 19 Januari lalu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan buat saya. Juga kepada mereka yang ikhlas menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Bob berkata, dia akan berehat lebih kurang seminggu sebelum kembali aktif berdakwah.

“S4kit sudah beransur pulih tapi kuantiti air berlebihan dalam badan masih belum stabil. Kud1s-kud1s dan bengk4k juga bertambah baik. Insya-Allah 13 Februari nanti saya akan kembali meneruskan kuliah di Terengganu.

“Ikutkan saya memang sentiasa jaga kesihatan. Cuma saya susah nak kawal minum air kerana kerap berasa dahaga,” katanya.

Ditanya adakah dia akan membawa pembantu untuk menemaninya ketika kuliah, Bob berkata, dia sedang memikirkannya.

“Setakat ini belum ada pembantu. Mungkin ia akan difikirkan selepas ini bagi membantu pergerakan saya,” katanya.

Terdahulu Bob dimasukkan ke h0sp1tal kerana masalah air berlebihan dalam badan selain ada al4han ub4t di bahagian kaki.

Masalah itu dialaminya ketika berada di Terengganu bagi aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Penderitaan Bob mendapat perhatian ramai pihak antaranya Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan rakan-rakan artis seperti Nizam Laksamana yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Kepada Yang Mendoakan & Hulur Bantuan Kewangan…” – Bob Lokman Dah Keluar Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*