“Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Mvslim Hanya Baginda Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan” Khabib

Umum telah mengetahui bahawa petarung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Pasti ramai diantara kita yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai idola selepas beliau telah berjaya menumpaskan seorang lagi bintang UFC terkenal iaitu Conor McGreg0r dalam satu perlawanan yang menyaksikan petarung dari Ireland itu terpaksa menyerah kalah akibat di ‘kunci’ oleh Khabib.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka.

Petarung yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.

“Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau petarung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.

“Saya seorang Muslim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tvlisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Ketegasan pemegang gelaran juara bagi kateg0ri Lightweight dalam soal agama boleh dilihat menerusi sidang media yang dilakukan sebelum perlawanannya menentang Conor McGreg0r dilangsungkan.

Pemegang gelaran juara kateg0ri Lightweight yang dikenali dengan ketegasan dalam menjaga hukvm hakam agama juga boleh dilihat ketika Conor McGreg0r menghulurkan kepadanya secawan ar4k dengan niat untuk memberi provokasi kepada Khabib.

Namun begitu, Khabib dengan tenang menjawab kepadanya: “Terima kasih saja, saya tak minum ar4k, dan saya tidak pernah minum air itu dalam hidup saya”.

Hasil daripada didikan agama yang diajar oleh bapanya sejak kecil telah membuatkan dia menjadi begitu tegas berkenaan dengan agama Islam pada hari ini sehinggakan ramai orang mengidolakannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Khabib_Nurmagomedov

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Mvslim Hanya Baginda Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan” Khabib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*