Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diagihkan awal, Tun M jelaskan kenapa dan turut umumkan beberapa lagi bantuan dan insentif

Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion.

Bagi merangsang permintaan domestik, kerajaan akan menyalurkan bayaran tambahan berjumlah RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikreditkan ke dalam akaun bank pada Mei dan seterusnya RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

Pakej ransangan tersebut sepatutnya diumumkan oleh kerajaan Pakatan h4rapan sebelum ini tetapi ditangguhkan selepas kerajaan dibubarkan.

Mahathir mengumumkan beberapa langkah termasuk bantuan wang tunai dan insentif untuk membantu negara berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat penularan virvs Co-vid-19 yang telah menjangkiti lebih 82,000 orang di seluruh dunia dan mer4gut lebih 2,800 ny4wa.

Antara langkah-langkah yang diumumkan adalah seperti berikut:

1) Bayaran one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas pesiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

2) Elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19.

3) Bayaran RM200 untuk kakitangan imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam membendung Covid-19 dari Februari 2020 sehingga wabak berkenaan berakhir.

4) Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.

5) Tambahan RM100 kepada setiap penerima BSH akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

6) Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.

7) Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen

8) Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuat kuasa sehingga akhir tahun.

 

Sumber : BHARIAN | MALAYSIA KINI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diagihkan awal, Tun M jelaskan kenapa dan turut umumkan beberapa lagi bantuan dan insentif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*