Nasi Lemak Bunga Telang Gadis Ini Harumkan Nama Malaysia Di Dublin!

Nasi lemak adalah salah satu menu yang sering menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menjadi pilihan ramai tidak kira dijamah untuk sarapan pagi mahu pun makan malam, nasi lemak baru-baru ini berjaya menjadi juara di pertandingan kulinari di Ireland.

Pertandingan yang cukup berprestij yang berlangsung di Dublin, Ireland itu menyaksikan seorang gadis mengangkat resipi nasi lemak bunga telang sebagai juara di acara tersebut.

Gadis dari Malaysia, Siti Safura Mohd Tawil telah menyertai Chef Ireland Culinary Competition 2020 dan telah memenangi tempat pertama dalam kateg0ri Asian-Indian cuisine competition class.

Siti Safura yang telah mengharumkan nama Malaysia

Dalam acara yang dianjurkan oleh The Panel of Chefs Ireland itu, Siti Safura menyediakan Nasi Lemak Bunga Telang yang telah memikat hati juri kerana keunikan resipinya itu.

Difahamkan Siti Safura yang kini tinggal di Ottawa, Ontario menyediakan hidangan nasi lemak berwarna biru dengan lauk ayam rendang, kerabu dan keropok keping rangup.

Nasi lemak bunga telang yang dihasilkan oleh gadis ini

Melihatkan pada foto hidangan nasi lemak yang disediakan nampak cukup menyelerakan. Apatah lagi buat yang berpeluang merasainya.

Tonton video yang dikongsikan oleh Siti Safura ketika acara pertandingan ini berlangsung dan saat kemenangannya di sini.

Video yang dikongsikannya beberapa jam lalu ini telah meraih hampir 10 ribu tontonan.

Di ruangan komen rata-ratanya mengucapkan kata tahniah dan turut tumpang berbangga dengan kejayaan anak muda dari Malaysia ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: WOB / Siti Safura via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nasi Lemak Bunga Telang Gadis Ini Harumkan Nama Malaysia Di Dublin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*