Mak jerit “Ya Allah ling…” Bapa kata jangan tegvr, dia pun nampak benda sama di Bukit Putus

SEBUT sahaja Bukit Putus pasti ramai pengguna jalan raya yang pernah menggunakan laluan tersebut mengetahui kisah-kisah m1steri di sebalik jalan utama dari Seremban menuju Kuala Pilah itu.

Pelbagai cerita yang dialami menjadi buah mulut pengguna jalan raya yang pernah mengalami send1ri ganggu4n pel1k sewaktu melalui jalan tersebut.

Tidak ketinggalan seorang pemuda turut berkongsi kisah menyer4mkan sewaktu pulang ke kampungnya di Batu Kikir, Kuala Pilah bersama keluarganya beberapa tahun lalu melalui Twitternya.

Perkongsian Muhammad Firdaus mengenai pengalamannya itu mendapat lebih 16,000 ulang kicau dan 25,100 tanda suka.

Menurut pemuda berusia 20 tahun itu, ibunya ternampak kel1bat badan tanpa kepala melintas di hadapan kereta mereka ketika melalui Bukit Putus pada tengah malam, kira-kira 14 tahun lalu.

Pelbagai versi mengenai kisah misteri Bukit Putus dikongsi netizen di media sosial.

“Masa kejadian saya berumur enam tahun. Nak dijadikan cerita arwah ayah saya jenis ikut mood dia je kalau nak balik kampung.

“Jadi tengah malam tu arwah baru balik kerja, tiba-tiba dia cakap jom balik kampung sebab musim durian.

“Saya macam biasa masih kanak-kanak tidurlah awal. Saya pun tidur kat belakang.

“Tiba-tiba mak saya nampak badan orang tak ada kepala, tak ada kaki tak ada tangan melintas depan kereta,” katanya kepada mStar.

Sebaik melihat entiti tanpa kepala itu, Muhammad Firdaus atau lebih mesra disapa Aus berkata ibunya terkejut lalu menjer1t kuat.

“Saya tak ingat selekoh mana tiba-tiba mak terkejvt dan menjerit kuat. Mak gel4bah sebab nampak benda tu. Sampai saya kat belakang yang tengah tidur pun terbangun.

                                                            Reaksi netizen pada posting Aus.

“Mak jerit Ya Allah ling (darling). Lepas tu arwah ayah cakap jangan tegvr dan dia teruskan saja memandu. Rupa-rupanya arwah ayah pun nampak juga benda sama tengah malam tu,” katanya.

Namun Aus berkata arwah ayahnya kelihatan tenang semasa ternampak kelibat tersebut.

“Arwah ayah chill je waktu tu. Sebenarnya dia pemandu pelancong. Drive pukul dua tiga pagi memang dah expert sebelum saya lahir lagi.

 

Saya tak ingat selekoh mana tiba-tiba mak terkejut dan menjerit kuat. Mak gelabah sebab nampak benda tu. Sampai saya kat belakang yang tengah tidur pun terbangun.

MUHAMMAD FIRDAUS

 

“Jadi dia dah selalu nampak benda tu sebenarnya.  Itulah sebabnya dia cakap kat mak jangan tegur,” katanya.

Malah Aus berkata dia pernah berasa tidak sedap hati semasa melalui laluan misteri itu bersama rakan sekolah menengah suatu ketika dulu.

“Bila lalu je kawasan tu memang ser4m. Saya pernah sekali mengada-ngada nak try lalu Bukit Putus memang badan rasa ser4m sejuk.

Laluan Bukit Putus mempunyai beberapa selekoh berbah4ya.

“Masa tu saya ikut member satu sekolah balik ke Kampung Jeram Tengkek. Bagi saya laluan tu kurang selamat sikit sekarang sebab jalan tak OK dan ranting bersepah-sepah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang gadis turut mended4hkan dia tr4uma untuk menggunakan laluan tersebut selepas terlihat kelibat beberapa individu mengusung ker4nda pada tengah malam di Bukit Putus.

Jelas Shera dia pel1k kerana tiada kampung berdekatan di laluan tersebut.

“Ini kisah benar. Jalan itu tidak mempunyai kawasan kampung berdekatan. Saya pel1k apabila terlihat beberapa individu mengusung ker4nda pada tengah malam,” katanya.

Bagaimanapun hari ini laluan di Bukit Putus dimudahkan dengan adanya lebuh raya baharu yang dibina bagi mengel4k berlakunya kesesakan lalu lintas.

Kita boleh mengambil pengajaran daripada kejadian di atas namun harus mempercayai bahawa tiada kuasa yang boleh menandingi kehebatan Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mak jerit “Ya Allah ling…” Bapa kata jangan tegvr, dia pun nampak benda sama di Bukit Putus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*