Ada Pihak Tidak Puas Hati Fattah Teman Fazura Naik Ke Pentas???

Acara anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30), di mana menyaksikan filem Crossroads: One Two Jaga diumumkan sebagai pemenang bagi kateg0ri Filem Terbaik.

Cuma, di sebalik kemeriahan acara yang berlangsung itu, ada juga cerita kurang enak yang Cik Kopi dengar daripada beberapa sumber terdekat.

Kalau ramai yang menonton acara berkenaan, mesti akan perasan kesemua penyampai anugerah pada malam tadi adalah mereka yang pernah muncul sebagai pemenang FFM sebelum ini.

Bagaimanapun, apa yang menjadi tanya apabila salah seorang penyampai iaitu Fazura muncul dipentas untuk menyampaikan anugerah sambil ditemani suaminya Fattah Amin.

Ketika Adibah Noor mengumumkan nama yang akan menjadi penyampai pun hanya nama Fazura sahaja disebut memandangkan dia merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM27.

Namun begitu, Cik Kopi dengar ada juga berlaku sedikit kekecohan di belakang pentas. Menurut sumber Cik Kopi, Fazura send1ri yang meminta pihak produksi supaya membenarkan suaminya naik sekali untuk menemaninya menyampaikan anugerah.

View this post on Instagram

Always have courage, kindness, empathy and gratitude – without letting anyone walk all over you. 💖✨ Did my own make up using the latest compact powder in “Fair” and blush in “Daisy” by @nrcosmetics_my • Thank you my dearest @nuex_rosli 🥰

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Jadi, dengarnya ada yang tidak berpuas hati memandangkan nama-nama yang sudah ditetapkan sahaja naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. Lagipun tiada pula kelihatan penyampai lain yang naik ke pentas ditemani pasangan.

Kalaulah benar Fazura memang ingin suaminya menemaninya di atas pentas, rasanya perlulah memaklumkannya dengan lebih awal. Dan kalau pihak produksi tidak mengizinkan, dia seharusnya perlu akur dengan keputusan tersebut.

Mungkin ramai yang beranggapan ia merupakan perkara kecil, tetapi Cik Kopi rasa setiap orang perlu bersikap profesional serta ikut segala yang ditetapkan supaya majlis berjalan dengan lancar.

Bagi Cik Kopi, sepatutnya perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi acara seperti FFM itu merupakan sebuah majlis yang berprestij dengan memberi pengiktirafan hasil kerja anak seni yang terbaik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : KopiPlanet.com


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ada Pihak Tidak Puas Hati Fattah Teman Fazura Naik Ke Pentas???"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*