10 F4kta Menarik Tentang Mimpi Dan Ps1kologi Disebaliknya

Mimpi adalah salah satu pengalaman yang paling misteri dan menarik dalam kehidupan seharian kita. Sesiapa sahaja pasti teringin untuk mengetahui seberapa banyak yang kita boleh tentang psikologi di sebalik mimpi.

Mimpi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak seawal 3100 SM. Dalam tamadun Mesopotamia, kebanyakan keputusan pentadbiran adalah berdasarkan tafsiran mimpi.

Ketika empayar Rom pula, mimpi dikemukakan kepada Senat Rom untuk dianalisa dan ditafsir kerana dianggap sebagai mesej dari tuhan. Mimpi adalah sangat penting sehingga pentafsir mimpi akan meng1ringi pemimpin ketenteraan dalam pertempuran dan peper4ngan.

Kredit foto: Giulio Romano

Hingga ke hari ini, kita sentiasa mencari jawapan tentang makna mimpi kita, walaupun kebanyakan fakta mistik tentang mimpi tidak lagi digunapakai dan kini dijelaskan berdasarkan psikologi.

Walaupun begitu, ramai artis dan saintis mendapat idea dan ilham daripada mimpi mereka.

Foto sekadar hiasan.

Sigmund Freud adalah salah seorang ahli psikologi pertama yang mengkaji tentang mimpi. Menurut teorinya, mimpi adalah hasrat atau keinginan yang kita cuba penuhi secara tidak sedar.

Walau bagaimanapun, kajian menggunakan pendekatan kognitif menyatakan bahawa mimpi adalah tindak balas otak ketika ia sedang berehat.

Fasa tidur.

Sesetengah bahagian otak tidak berfungsi ketika kita tidur. Ketika dalam fasa tidur REM, mimpi membolehkan otak memproses maklumat yang diterima pada hari itu, dan ketika itulah memori dan kenangan lama disimpan. Mimpi adalah proses di mana otak mempelajari, memproses, dan menyimpan maklumat.

Berikut pula adalah 10 fakta menarik berkenaan mimpi yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Kita akan lupa apa yang kita mimpikan dalam tempoh 10 minit

Dalam masa 5 minit selepas bangun, 50% butiran dari mimpi kita akan hilang dari ingatan. Selepas 10 minit, 90% apa yang berlaku dalam mimpi akan sukar untuk diingat kembali.

2. Walaupun tidak dapat melihat, orang bvta tetap mengalami mimpi

Individu yang menjadi bvta selepas dilahirkan dapat melihat imej dan visual dalam mimpi mereka. Mereka yang dilahirkan bvta pula tidak melihat apa-apa visual, tetapi mempunyai mimpi yang jelas melibatkan deria bunyi, sentuhan, dan emosi yang lain.

3. Haiwan juga boleh bermimpi

Kajian yang dilakukan ke atas pelbagai jenis haiwan berbeza menunjukkan mereka mempunyai gelombang otak yang sama seperti manusia ketika tidur.

4. Kita hanya nampak wajah yang kita pernah lihat

Otak kita tidak akan mencipta wajah manusia ketika tidur. Sebaliknya, semua wajah yang kita nampak dalam mimpi adalah wajah yang kita telah pernah lihat, sama ada kita ingat atau tidak.

5. Sesetengah orang bermimpi tanpa warna

Kajian menunukkan orang zaman dahulu ramai yang bermimpi dalam hitam putih, berbanding orang zaman sekarang, dipercayai akibat perubahan skrin hitam putih kepada skrin berwarna.

6. Emosi mencetuskan mimpi

Anxiety atau keres4han adalah emosi yang paling selalu mencetuskan mimpi. Perasaan negatif lebih mudah menghasilkan mimpi daripada emosi yang positif.

7. Lebih dari satu mimpi dalam satu malam

Seseorang itu boleh mengalami 4 ke 7 mimpi dalam satu malam.

8. Tubuh dihempap ketika tidur.

Ketika dalam fasa tidur REM, badan kita akan dilumpuhkan oleh mekanisme di dalam otak untuk menghalang tubuh kita bergerak ketika bermimpi. Fenomena sleep paralysis atau ‘kena hempap’ ini berlaku apabila fasa REM terganggu, di mana otak sedar dahulu dari REM sebelum tubuh. Akibatnya kita menjadi separa sedar tetapi tidak dapat bergerak.

9. Keseragaman mimpi dan realiti.

Ketika tidur, fikiran kita mentafsirkan rangsangan luar dan menyesuaikan dengan mimpi kita. Contohnya jika ada orang menyanyi ketika kita sedang tidur, kita mungkin akan bermimpi sedang berada di konsert.

10. Ramalan mimpi

Beberapa kajian menunjukkan bahawa di antara 18% dan 38% orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu mimpi yang meramal masa depan mereka, manakala 70% orang hanya mengalami déjà vu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Bored Panda, Owlcation via H?CL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "10 F4kta Menarik Tentang Mimpi Dan Ps1kologi Disebaliknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*