Wow, Bau Nasi Minyak! Artis Mana Bakal Berkahwin Tahun Ni?

Setiap insan yang bercinta pasti mahukan perhubungan mereka diakh1ri dengan ikatan perkahwinan.

Justeru, ramai juga dalam kalangan artis send1ri yang mengambil kesempatan untuk menjadikan tahun 2020 sebagai detik bersejarah hari bahagia mereka.

Ada antara mereka yang sudah menetapkan tarikh pernikahan, ada juga yang masih lagi berteka-teki dan merahsiakan mengenai majlis perkahwinan mereka.

Begitupun, sebagai kedatangan tahun baru ini, Gempak bawakan 10 artis yang dijangka bakal bergelar raja sehari pada tahun ini. Apapun, semoga hubungan yang mereka bina nanti kekal hingga ke akhir hayat.

1. ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA

Perkahwinan antara pelakon Zahirah Macwilson, 25, dan Aiman Hakim Ridza, 31, antara yang ditunggu-tunggu ramai tahun ini.

Pasangan ini difahamkan bertunang hanya selepas kira-kira enam bulan menjalin hubungan cinta.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 di kediaman keluarga Zahirah di Perth, Australia.

Kedua-dua mereka dijangka bakal disatukan dalam satu majlis pernikahan yang akan diadakan pada Februari depan, namun tarikh keramat itu masih lagi menjadi rahsia.

2. RISTEENA MUNIM & ISA KHAN

Kisah percintaan dua pelakon ini memang awal-awal lagi sudah dihidu. Namun, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mengunci mulut biarpun banyak gambar mereka dikatakan sering bersama tersebar. 

Sehinggalah pada 6 Disember lalu, pasangan ini mengesahkan bahawa mereka sudah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan di Bali, Indonesia pada 23 November lepas.

Apa yang mencuri tumpuan, mereka membuat keputusan untuk bertunang hanya selepas lima bulan mengenali antara satu sama lain. Ketika itu, difahamkan Risteena baru sahaja putus cinta dengan bekas teman lelakinya, Ikhwan Khairuddin yang dikenali selama tujuh tahun.

Biarpun belum mended4hkan tarikh perkahwinan mereka sebagai raja sehari, difahamkan pasangan tersebut sudah mula melakukan persiapan menuju ke hari bahagia.

3. ELLY MAZLEIN

Nampaknya majlis perkahwinan Elly Mazlein, 39, bakal menjadi pembuka tirai kepada episod perkahwinan artis. 

Selepas mengikat tali pertunangan pada 17 Disember lalu, Elly bakal mengakh1ri zaman jandanya pada 17 Januari ini bersama lelaki pilihan hatinya, Mohamad Azlan, 29, yang juga merupakan seorang guru.

Bagaimanapun, sehingga kini wajah bakal suaminya yang mempunyai jar4k umur 10 tahun lebih muda daripadanya itu masih lagi dirahsiakan.

Elly sebelum ini, mend1rikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercer4i pada 15 Oktober 2015.

4. AZAR AZMI

Pelakon Azar Azmi mengikat tali pertunangan pada 1 Disember lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Biarpun merahsiakan hal tersebut, bakal suaminya itu difahamkan merupakan seorang penerbit filem berstatus duda anak dua.

Pelakon yang bakal menginjak usia 31 tahun ini dijangka mengakh1ri zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

5. MIRA FILZAH

Berita mengenai pelakon Mira Filzah bakal mengakh1ri zaman bujang sudah mula tersebar pada Disember lalu.

Ia menjadi bualan ramai selepas Mira dikatakan sudah mula melakukan proses ‘fitting’ busana perkahwinan bersama seorang pereka fesyen.

Biarpun Mira masih lagi berteka-teki mengenai kisah percintaannya, Mira mengakui setiap perhubungan mahu diakh1ri dengan sebuah ikatan yang sah.

bagaimanapun, kata Mira dia akan berkongsi berita perkahwinannya sekiranya mendapat kebenaran daripada kedua-dua belah.

Cuma sekarang ini yang menjadi tanda tanya, siapakah lelaki yang berjaya menawan hati Mira?

6. AKHMAL NAZRI

Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri mengikat tali pertunangan dengan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) 2015, Allyssa Joanne atau Lisa.

Mereka melangsungkan majlis pertunangan pada 25 November lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.

Berita pertunangan itu hanya dikongsikan pelakon yang dikenali dengan watak Jibam dalam Oh My English! itu kira-kira sebulan kemudian.

Difahamkan, kedua-dua mereka bakal melangsungkan majlis pernikahan pada penghujung tahun ini.

7. INTAN NAJUWA

Pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang usahawan, Razrul Anwar Rusli pada 18 Ogos 2019 selepas kira-kira setahun berkenalan.

Biarpun jar4k usia mereka 16 tahun, hal itu tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon berusia 23 tahun itu untuk menerima kehadiran jejaka berkenaan dalam hidupnya.

Jika melihat kepada tempoh perjanjian ikatan pertunangan, mereka hanya mahu tempoh selama enam bulan sahaja sebelum bergelar raja sehari.

Justeru, pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan sekitar Februari depan.

Namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi daripada Intan mengenai tarikh sebenar pernikahan mereka.

8. SYAZWAN ZULKIFLY

Pelakon Syazwan Zulkifly melangsungkan majlis pertunangan dengan seorang pramugari, Syawariah Zulkifli, 33, pada 31 Ogos tahun lalu.

Mereka difahamkan sudah berkenalan selama 10 tahun sebelum Syazwan membuat keputusan untuk melamarnya sebagai isteri.

Begitupun, sehingga kini masih belum ada tarikh rasmi majlis pernikahan mereka yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Biarpun begitu, dalam temu bual sebelum ini, Syazwan memberitahu, sebolehnya dia mahu mempercepatkan majlis pernikahannya itu.

9. SASHA SAIDIN

Selepas lapan tahun hidup menjanda, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin, 44, mengumumkan bakal berkahwin buat kali ketiga pada awal tahun ini.

Hanya memperkenalkan lelaki tersebut sebagai Mr. W, Sasha memberitahu, dia hanya akan mended4hkan wajah bakal suaminya itu pada hari pernikahan yang masih menjadi rahsia.

Dalam pada itu, katanya, selepas berkahwin, dia bakal mengikut suaminya menetap di Timur Tengah.

Sebelum ini, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercer4i empat tahun kemudian.

Terdahulu, pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercer4i pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11.

10. NASH LEFTHANDED

Penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu, Nash Lefthanded merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada thun ini.

Mengakui sudah mengenali bakal isterinya selama lima tahun, penyanyi berusia 61 tahun ini tidak menyangka bakal berkahwin buat kali ketiga selepas menjalani kehidupan solo selama 10 tahun.

Begitupun, Nash tidak mended4hkan siapakah gerangan bakal isterinya itu, namun, mengakui ia bukanlah orang dalam industri.

Menerusi dua hasil perkahwinan terdahulu, Nash mempunyai tiga cahaya mata Fareena Nasha, 29, Najeeha, 27, dan Mohd. Shameer Nasha, 21.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wow, Bau Nasi Minyak! Artis Mana Bakal Berkahwin Tahun Ni?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*