Video Alih Suara Babak ‘Busking’ Adellea Sofea Buat Ramai Tertawa!

Minggu lalu tular di sosial media dengan satu babak dalam episod akhir Adellea Sofea yang memaparkan Sofea sedang bermain gitar sambil menyanyi di depan suaminya yang sedang koma. Namun begitu, baru-baru ini tular pula dengan satu video parodi alih suara babak busking Adellea Sofea itu.

Video yang disunting oleh seorang individu di sebalik akaun Instagram Faradyable itu telah meraih hampir 400 ribu tontonan.

Menerusi babak asal, kelihatan Mira Filzah yang melakonkan kar4kter Sofea sudah ‘m4ti akal’ untuk mengejutkan suaminya, Fir daripada koma. Watak Fir yang dilakonkan oleh Ungku Ismail itu koma selepas dipukul oleh sepupunya send1ri.

Suami Sofea, Fir yang sedang koma

Disebabkan itu, Sofea cuba bermain gitar sambil menyanyi sebuah lagu buat suaminya itu. Babak busking yang dilakonkan itu telah meraih perhatian ramai.

Namun menerusi video parodi alih suara babak busking Adellea Sofea ini turut membuatkan ramai terhibur dan tertawa.

View this post on Instagram

70 cicak – Mira Filzah 2020 #adelleasofea episod 28 @tv3malaysia #tibe #tvtibe

A post shared by Dub Parody (@faradyable) on

Lagu asal yang dinyanyikan Mira Filzah dalam babak itu sebenarnya milik M. Nasir berjudul Tanya Sama Itu Hud-Hud.

Biarpun begitu, dalam video parodi yang dihasilkan oleh pemilik akaun Instagram ini ditukar menjadi ’70 cicak – Mira Filzah 2020′.

Rata-rata netizen terhibur dan men1ngg4lkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Abang ni kelakar tauuu”

“Hahhaha astaga memang talented la dia ni, semua suara boleh buat”

“Ini lawak paling hanat…haha”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Faradyable via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Video Alih Suara Babak ‘Busking’ Adellea Sofea Buat Ramai Tertawa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*