Tak setuju Masjid Putra ditutup kepada pelancong

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTEC) tidak bersetuju dengan keputusan Masjid Putra, Putrajaya menutup masjid itu kepada pelancong warga asing bukan Islam ekoran wab4k koronav1rus baharu (2019-nCoV).

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pelancong yang masuk ke negara ini adalah kalangan orang sihat dan mereka tidak boleh dihalang untuk mengunjungi destinasi menarik di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menulis surat kepada pusat pelancongan di negara ini agar tidak menyekat pelancong mengadakan lawatan ke tempat menarik dan tumpuan pelancong .

“Tindakan ini adalah salah dan jangan halang pelancong melawat ke tempat yang ingin dilawati,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat Berkaitan Isu Koronav1rus di pejabatnya hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah.

Keputusan penutupan lawatan warga asing bukan Islam ke Masjid Putra itu dibuat Ahad lalu.

Media melaporkan Masjid Putra hanya dibuka kepada umat Islam menunaikan solat sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan susulan kebimbangan terhadap wab4k koronav1rus.

Mohamaddin berkata, negara mempunyai pengalaman dan banyak perancangan bagi menangani wab4k koronav1rus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tak setuju Masjid Putra ditutup kepada pelancong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*