Siti Sarah pr@nk suami, tapi sikap Shuib tak teragak bagi wang ‘350k’ dipuji!

Susah senang bersama, pasangan Siti Sarah Raisuddin dan suaminya pelawak terkenal, Shuib Sepahtu sejak dulu mendapat pujian ramai.

Bahkan mereka juga kini dikenali sebagai usahawan berjaya. Bagaimanapun sekali lagi pasangan ini mencuri tumpuan ramai apabila muncul dalam satu program bersama Aliff Farhan, Trek Selebriti.

Menerusi satu rakaman video, Siti Sarah dilihat melakukan pr@nk terhadap suaminya itu dan kelihatan penyanyi terkenal ini meminta sejumlah wang RM350 ribu untuk pembikinan MV terbaru.

Bukan hanya itu, Siti Sarah meminta lagi sebuah telefon baru setelah mengatakan telefon sebelum ini yang dibeli Shuib pecah dibaling anak.

Tidak teragak-agak, Shuib bersetuju dengan pemintaan isterinya. Bagaimanapun, jumlah yang diminta Siti Sarah ketika segmen pr@nk itu bukanlah sedikit namun Shuib cuba memenuhi.

Siti Sarah prank suami

View this post on Instagram

Dia nak kerang lahhh!!! 😂 . . Posted @withrepost • @aliffarhan_jr Betulke cakap @shuibsepahtu ,lagi banyak kita bagi duit belanja kat isteri, lagi murah rezeki 😅 rasanya ramai kaum hawa yang sokong statement ni 😂 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @sitisarahraissuddin bersama hos @aliffarhan_jr 🔥🔥🔥 SETIAP JUMAAT| 9.30 PM | ASTRO RIA #trekselebriti single #dapdapdap

A post shared by Dap..Dap..Dap..🎵 (@sitisarahraissuddin) on

Namun begitu, apa yang mencuit hati peminat dan pengikut juga apabila Shuib meminta kerang sahaja daripada isterinya itu.

Ujar Shuib juga dikatakan win diakhir video ‘kita kalau belanja banyak untuk isteri, rezeki lagi banyak masuk taw!!.”

Setakat ini, posting dikongsikan Siti Sarah menerima lebih 2000 komen selepas gelagat mereka mendapat perhatian pengikut dan peminat.

“Kalau suami macam ni nak kahwin empat…”

“Sukanya pasangan ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Siti Sarah Raissuddin via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Siti Sarah pr@nk suami, tapi sikap Shuib tak teragak bagi wang ‘350k’ dipuji!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*