Isteri Da’i Farhan Daftar Anak Sekolah, Terkejut Dengar Pelajar Panggil Aura 19 Wanita Kaabah!

Permulaan tahun baru bermakna waktu paling sibuk buat ibu bapa menyiapkan kelengkapan persekolahan dan mendaftar anak masing-masing ke sekolah.

Sama juga kisahnya bagi pasangan merpati dua sejoli, Da’i Farhan dan isteri, Dr. Erin yang meluangkan masa untuk sesi pendaftaran tahun baharu 2020.

Berkongsi kisah menarik pada hari pertama persekolahan anak-anaknya, Dr. Erin terkejut apabila ada pelajar sekolah yang memanggilnya dengan gelaran ‘wanita kaabah’.

“Tiap awal tahun daftar anak-anak masuk sekolah baru. Kali ini lain sikit pergi sekolah ada terdengar budak-budak sebut aura 19 wanita kaabah.

“Alhamdulillah mudah betul urusan pertukaran sekolah anak hari ini,” tvlisnya menerusi entri di Instagramnya semalam.

Tiap awal tahun.. Daftar ank2 msk sekolah baru..kali ni lain skit bila p sek ada terdengar bdk2 dok sebut AURA 19 wanita kaabah 😆 …Alhamdullilah mudah betul urusan pertukaran sek ank hari ni..blh plak jumpa kwn ye @farhanmutawwif dulu d sek men bkt indah dh setahun pindah ke ipoh.. Kecik btl dunia ni..

Baik Dr. Erin mahupun Farhan, kedua-duanya turun padang bersama-sama untuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka.

Mengimbas kembali, gelaran aura 19 wanita kaabah itu tercetus sekitar awal Disember lalu menerusi pendedahan Farhan kepada media mengenai jodohnya dengan wanita ke-19 iaitu Dr. Erin send1ri.

Malah, jodoh kuat mereka menyaksikan pasangan itu bertemu dan berkahwin di tanah suci Makkah.

Sikap romantik yang ditunjukan pasangan Dai Farhan dan isterinya, isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin sentiasa menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, Farhan meluahkan rasa gembira kerana isterinya berkebolehan dalam menggayakan dan menggunting rambutnya.Malah, Farhan turut memberi cadangan agar isterinya itu membuka salon khas untuk wanita Muslimah.

“Alhamdulillah, Zaujah ku Barber ku..insyaAllah lepas ni @drholisw dah boleh mula kongsikan ilmu utk para wanita yg nak belajar 😁 ..misi turunkan ilmu hair stylish & barber..perbanyakkan lagi saloon muslimah..moga bermanfaat aamiin,” puj1nya.

Sementara itu, Aerin menyarankan agar orang ramai turut sama terlibat dalam perniagaan menggunting rambut bagi meningkatkan ekonomi sesama bangsa.

“Memandangkan Zauj ku Farhan, dah menyeru untuk berbakti, Alhamdulillah ramai DM nak belajar. Boleh2 mai cikgu ajar gunting rambut style wanita dan lelaki 2 hari confirm pandai. Boleh buat duit gilaaaa bisnes ni. Sebab tu bangsa lain gila2 dok buka saloon sbb ramai org kitab g depa kaya raya. Orang kita ni mmg power dalam semua bab.Bab viral paling power (ni nak buat benda biak boleh tlg viral tak ).. Bab ekonomi pun org kita jg yg power bg bangsa lain main maju. Org kita ada apa. Org kita ada duit. Lama sangat dah kita dok bg depa duit, jom kita plak buat duit,” tvlisnya.

Terdahulu, kisah cinta mereka telah menarik perhatian ramai.Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Isteri Da’i Farhan Daftar Anak Sekolah, Terkejut Dengar Pelajar Panggil Aura 19 Wanita Kaabah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*