“Dalam hati Nabil menangis tapi dia cover, goodluck Neelofa..”- Netizen

Hampir 7 tahun mengacara rancangan popular di Meletop, semalam merupakan hari terakhir buat selebriti terkenal Neelofa. Mengumumkan pengunduran d1ri pada awal Disember lalu sememangnya mengejutkan buat penonton dan peminat.

Bagaimanapun, siaran selama satu jam semalam membuatkan ramai men1ngg4lkan pelbagai komen merasa sedih melihat episod terakhir Neelofa di Meletop.

Malah, reaksi rakan gandingannya Nabil Ahmad juga ternyata lebih menjadi perhatian penonton dan peminat kerana merasakan pelawak dan pengacara itu lebih kelihatan sedih.

Menerusi satu video dikongsikan menerusi laman YouTube Meletop, kelihatan Nabil Ahmad memberikan beberapa hadiah istimewa buat Neelofa.

Rata-rata merasakan Nabil Ahmad menangis dalam hati selain mereka percaya pelawak terkenal ini lebih menahan sedihnya.

Hari Terakhir Neelofa di Meletop

Dalam pada itu, netizen turut mengatakan bahawa Neelofa dan Nabil Ahmad sememangnya sangat serasi menerusi rancangan berkenaan yang dapat ditonton setiap hari Selasa.

Selain, ramai akui bahawa gandingan mereka berdua sangat mantap yang mana telah membuatkan hari mereka terhibur.

“Nabil is smiling but his heart cannot lie…”

“Neelofa dengan Nabil ni memang serasa dalam meletop…”

“Kesian Nabil, situasi dia ibarat dah bertahun duduk sebelah…”

Meskipun ramai bersedih melihat moment terakhir Neelofa sebagai pengacara Meletop namun, netizen dan peminat tetap mengucapkan yang terbaik buat selebriti cantik ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Meletop via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dalam hati Nabil menangis tapi dia cover, goodluck Neelofa..”- Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*