“Comfom pecah…”- Syahmi, Asif & Yoe sibuk shooting ‘filem’ bersama Ropie dan ramai lagi

Sebelum ini, Youtuber terkenal Syahmi Sazli ada memberitahu bahawa dia dan dua lagi jejaka popular Yoe Parey dan Asif Suhaimi bakal membintangi sebuah filem.

Terbaru, Syahmi Sazli berkongsikan moment ketika shooting filem berkenaan yang sudah bermula pada akhir Januari ini.

Ternyata, moment berkenaan meraih perhatian peminat dan pengikutnya dilaman sosial Instagram yang kini sudah mencecah jutaan, 1.8 juta. Nampaknya, ramai yang tidak sabar menunggu filem ini, manakan tidak bukan hanya tiga jejaka ini saja yang membintangi filem berkenaan malah kelihatan beberapa selebriti terkenal turut ada.

“Alhamdulillah, first scene harini. Masih lagi shooting. Pengalaman yg berharga untuk Mi & Asif…” ujar Syahmi Sazli yang turut meluahkan rasa syukur dengan pengalaman shooting filem.

Menerusi sekeping foto daripada Syahmi Sazli ini, kelihatan pelakon Emelda Rosmila, Ropie dan ahli kumpulan Zero, Syaiful.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan kami pula Yoe Parey yang tidak kelihatan dalam foto berkenaan sebenarnya mempunyai scene dengan ahli kumpulan Zero yang lain. Ini antara perkongsian daripada selebriti-selebriti terkenal menerusi laman Instagram.

View this post on Instagram

Salam semua Alhamdulilah Hari ke 8901 shoting filem syif malam raya bersama pujaan ramai @yoe_parey #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on

Dalam pada itu, Syaiful Zero juga memuat naik satu video yang kelihatan dia bersama-sama Asif dan Syahmi Sazli sedang shooting.

Menerusi ruangan komen melalui posting Syahmi Sazli bagaimanapun mendapat pelbagai maklum balas positif ramai yang sudah merasakan gegaran hebat daripada dia dan Asif serta Yoe dalam filem berkenaan selain bersama selebriti yang bukan calang-calang.

“Comform pecah punya cerita niy… aku jamin 100%”

“Mantap, tak sabar nak tengok”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Syahmi Sazli, Syaiful Zero


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Comfom pecah…”- Syahmi, Asif & Yoe sibuk shooting ‘filem’ bersama Ropie dan ramai lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*