Cara Menghilangkan Bau Bvsuk Dalam Kereta, Tak Perlu Kos Tinggi, Ikut Cara Ni

Cara Menghilangkan Bau bvsuk Dalam Kereta, Tak Perlu Kos Tinggi, Ikut Cara Ni

Kereta apabila lama tak dicuci maka kereta tu akan menjadi kotor. Bukan hanya luaran kereta tetapi dalaman kereta juga macam tu. Apabila lama tak dibersihkan maka ia akan menghasilkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.

Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.

Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di ins tagramnya ini juga patut anda cuba. Bukan hanya bau bvsuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.

Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini cukup mudah malah tak gunakan kos yang mahal pun. Jom kita cuba. Memang menarik!

Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.

  1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
  2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
  3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
  4. Satu sudu besar kopi Nescafe.

Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.

Macam Mana Nak Wangikan Kereta?

Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual dipasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga yang boleh terus mun tah bila menggunakan pewangi kereta. Penghi dap as ma biasanya cukup alah dengan pewangi kereta. Setuju tak?

1. Daun Pandan

H1ris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.

2. Lemon

Sediakan dua h1risan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.

3. Limau Purut

Limau parut juga bertindak seperti lemon. H1ris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.

Demikian beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bau bvsuk dalam kereta dan cara untuk mewangikan kereta. Semoga bermanfaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Ahmad Aizatnur Zakaria via myinfomaya


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cara Menghilangkan Bau Bvsuk Dalam Kereta, Tak Perlu Kos Tinggi, Ikut Cara Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*