1 Februari Hari Hijab Sedunia, Boleh Ke Sambut? Ini Pandangan PU Azman

Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai Hari Hijab Sedunia yang disambut pada 1 Februari setiap tahun.

Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013 i 190 negara di seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.

Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas dibul1 dan menjadi mangsa diskrim1nasi kerana berhijab.

Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol pen1ndasan. Dengan acara ini, Nazma berh4rap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

Nazma Khan

Bagaimanapun, ada netizen yang meragui sambvtan Hari Hijab Sedunia ini dan telah mengemukakan pertanyaan kepada Pencetus Ummah (PU) Azman.

PU Azman berkata, sambvtan ini boleh disambut dengan melihat kepada konteks asal ia diadakan.

“Jika tujuannya untuk berdakwah, tak ada salahnya. Berdakwah itukan boleh di mana sahaja atau dengan apa cara sekalipun.

“Lagipun menggalakkan wanita menutup aurat itu kan bagus. Tapi seelok-eloknya tutuplah aurat kerana ia kan wajib untuk kaum wanita,” jelasnya sambil berselor0h.

PU Azman berkata demikian dalam segmen PU Azman Nak Cakap di Suria FM, bersama Team Pagi Suria Ajak dan Issey.

Segmen tersebut menampilkan PU Azman mengupas isu agama soal jawab kemusykilan dan permasalahan di kalangan masyar4kat hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "1 Februari Hari Hijab Sedunia, Boleh Ke Sambut? Ini Pandangan PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*