Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Nike telah lancarkan koleksi baju renang yang pertama untuk wanita muslim dan ia turut hadir dengan tudung kalis air.

Selepas kejayaan Nike Pro Hijab yang mula dijual pada tahun 2017, model Victory Swim kali ini hadir lengkap dengan seluar legging, baju dan juga tudung – semuanya kalis air.

Apa yang lebih menarik, Nike Pro Hijab kali ini digayakan oleh seorang anak Malaysia, Arinna Erin Wira yang juga merupakan seorang pelajar di UK.

Beliau adalah model yang bernaung di bawah syarikat Bame, salah sebuah agensi pengurusan bakat dan model di UK yang bertanggungjawab menjaga model yang datang dari latar belakang di luar eropah.

Dalam satu muat naik di laman Instagram peribadinya, Arinna berkata bahawa segala apa yang dia capai sekarang adalah disebabkan dengan rasa tidak puas dengan d1ri send1ri.

View this post on Instagram

Just Do It ••• Everyone has their own insecurities. One of mine is my body. It’s the body strength and stamina that I don’t possess. I’m on a journey to build my self confidence through keeping fit. It builds my physical and mental strength. Most of you know how much I struggle to be consistent in working out or even eating healthy, why? It’s because I didn’t have enough trust or discipline in myself, I doubted myself and thought that I’d never be able to keep up without even trying it out first. Constantly comparing myself to others and complaining that I will never reach that goal that I desired. I was lazy and negative. That’s the truth. I complained for so long but had the least effort to do anything about it. What changed? I was tired of making up excuses, bored out of my minddddd, and I wanted a challenge. I’m a sore loser, so I used that as a form of motivation. Got my butt up and joined BRC @beni.lab , signed up to multiple classes just to see what suits me best and just have fun with it. Excuses and self doubt slowed me down, that ends now.

A post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on

Dia mahukan cabaran, tetapi minda selalu menjadi penghalang apabila kita selalu membandingkan d1ri kita dengan orang lain.

Jadi beliau gunakan perkara itu sebagai motivasi untuk keluar daripada segala sikap negatif yang ada pada d1ri send1ri.

Arinna yang pernah tersenarai di dalam 50 Wanita Cantik oleh FEMALE Magazine pada 2017 baharu saja menamatkan pengajian beliau di dalam Master of Sciene di Brunel University London.

Kejayaan Arinna untuk menjadi salah satu muka hadapan untuk jenama sukan terbesar di dunia semestinya menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*