“Tak Perlu Buat Muka & Bercakap Kurang Ajar”- Niena Baharun Bengang Dengan …

Pelakon Datin Niena Baharun meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap segelintir kakitangan syarikat penerbangan.

Jelas Niena terdapat beberapa orang yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan profesional ketika penumpang menghadapi masalah.

“Saya nak bagi nasihat kepada mana-mana petugas penerbangan kerana kebanyakan yang saya jumpa tidak profesional.

“Contohnya jika penumpang ada masalah, saya h4rap anda semua boleh uruskan dengan profesional,” katanya.

Tambah Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun menyatakan teguran diberi supaya boleh diperbaiki pada masa depan. 

“Tak perlu buat muka, tak perlu bercakap kurang ajar. Itu sahaja.

“Saya hanya nak nasihat supaya boleh perbaiki kelemahan yang ada, yang penting profesional sahaja,” katanya lagi.

Ketidakpuasan itu dibuat menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) miliknya semalam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan teguran tersebut malah ada yang mengalami pengalaman yang sama.

“Betul tu ini tak bila ditegur terus melenting.”

“Betul jangan berlagak sangat. Ni orang dah bagi nasihat baik-baik, dah la cantik pulak yang bagi nasihat tu. Kalau tak dengar juga tatau la,” antara komen netizen.

View this post on Instagram

TAKE NOTE @fireflyairlines thank you.

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Perlu Buat Muka & Bercakap Kurang Ajar”- Niena Baharun Bengang Dengan …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*