“Tak nak mereka rasa susah macam kami struggle dulu” – Aeril Zafrel, Wawa Zainal besarkan anak dengan kemewahan

PELAKON Aeril Zafrel berpendapat tiada salah sekiranya dia ingin membesarkan anak-anaknya dengan kemewahan yang mereka miliki.

Menurut Aeril atau nama sebenanrya Suha1ril Sunari, 31, apa yang lebih penting adalah cara didikan yang betul supaya anak-anak menghorm4ti ibu bapa dan orang lain.

“Apa yang saya dan Wawa usahakan sekarang ini, salah satunya untuk anak-anak kami juga. Tak nak mereka rasa susah dan macam mana kami struggle dulu.

“Bagi saya, tak salah kalau nak beri kemewahan kepada anak-anak. Yang penting kena tahu jaga akhlak mereka dari kecil.

“Ada saja anak orang kaya yang menjaga akhlak dan hormat orang lain. Cara didikan kita itu yang penting supaya mereka akan lebih menghorm4ti orang,” katanya kepada mStar.

Aeril dan isterinya, Wawa Zainal baru saja menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Aya Soffya di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-Kanak pada 1 Disember lalu.

“Percaya rezeki anak dan setiap anak itu ada rezeki masing-masing. Jadi, kena tambah baby lagi kalau nak kaya.”- AERIL ZAFREL

Menerusi laporan mStar pada 27 November lalu, Wawa memberitahu nama anak ketiganya itu dipilih bersempena nama sebuah masjid di Turki.

Dalam pada itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini percaya setiap anak memberikan rezeki yang berlainan.

“Masa anak pertama kami hanya menyewa di sebuah apartment kemudian anak kedua pun masih sewa tapi kami pindah ke rumah teres.

“Alhamdulillah bila dah ada anak ketiga, kami sudah mempunyai rumah send1ri. Semua ini, saya anggap rezeki anak.

“Percaya rezeki anak dan setiap anak itu ada rezeki masing-masing. Jadi, kena tambah baby lagi kalau nak kaya,” selor0hnya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak nak mereka rasa susah macam kami struggle dulu” – Aeril Zafrel, Wawa Zainal besarkan anak dengan kemewahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*