Tahniah! Elly Mazlein Sah Bergelar Tunang Kepada Mohamad Azlan, Nikah Januari Depan

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang dih4rap-h4rapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.

“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.

Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan d1rinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mend1rikan rumah tangga tahun hadapan.

Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.

View this post on Instagram

Tahniah Kak Lina Pom Pom yang sudah bergelar tunangan orang♥️ #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Instagram via Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tahniah! Elly Mazlein Sah Bergelar Tunang Kepada Mohamad Azlan, Nikah Januari Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*