Suara Dikutuk Sumbang, Nabila Razali Masuk Kelas Vokal

Meskipun bergelar penyanyi, namun suara Nabila Razali dalam lagu nyanyiannya sering dikritik netizen. Malah sebelum ini Nabila pernah dikecam teruk apabila suaranya dikatakan sumbang ketika menyampaikan lagu di satu konsert.

Mungkin tidak tahan dengan kritikan netizen, Nabila akhirnya telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya. Mengakui kelemahan d1ri, dia mahu lakukan yang terbaik untuk peminatnya.

“Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik netizen sebelum ini.

“Saya harus perbaiki kelemahan d1ri dan semestinya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Nabila berkata latihan vokal yang diikutinya itu membuautkan d1rinya semakin selesa dan melakukannya untuk kebaikan d1ri send1ri.

“Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk d1ri send1ri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata,” katanya.

Untuk rekod, Nabila mula memasuki industri hiburan tanah air selepas menyertai program Akademi Fantasia 2013 (AF2013).

sumber : ROTIKAYA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suara Dikutuk Sumbang, Nabila Razali Masuk Kelas Vokal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*