“Soal Minta Sedekah Tu Aku Rasa Mesti Ada Dalang Di Belakang ..” – Fizo Omar

Usahawan dan pelakon Fizo Omar berpendapat tidak sewajarnya memberi layanan yang tidak baik terhadap seorang lelaki yang meminta derma di kawasan umum.

Individu terbabit menjadi viral setelah disoal mengenai jumlah rakaat solat Asar namun gagal menjawabnya dengan betul.

Kata Fizo dia tidak menafikan kesilapan yang telah dilakukan namun merasakan tidak sepatutnya lelaki tersebut menerima kecaman seperti itu.

“Eh sama mcm Fizo Omar la…Ramai pulak yang dok tweet dan mesej aku pasal mamat solat asar 2 rakaat ni. Jadi aku pun terjebak la tengok sampai habis video ni.

“Pada aku simple je, salah tetap salah apa yang dia buat tu, tapi macam tak best pulak semua orang dok bantai dia macam-macam pasal dia menipu minta sedekah dan solat asar 2 rakaat tu.

“Soal minta sedekah tu, aku rasa mesti ada dalang di belakang dia, kalau fikir logik takkan la dia datang jauh-jauh (aku rasa bukan local) dan terus boleh dan berani buat keje ni.

“So alang-alang kita dapatkan dalang tu. Cuba kita faham dia pulak, mungkin dia terpaksa, mungkin dia tak tahu pape, mungkin dia tersepit..allahualam.

“Soal solat pulak.. Pasti ke dia tu Islam, kalau tidak macam mana? Dan kalau dia Islam dan tak solat itu dia dengan Tuhan, akaun masing-masing.

“Jangan h1na dia,mungkin Allah nak uji dia dan terus bagi hidayah kat dia, jauh jadi lebih baik dari kita semua, sapa tahu kan?

“Yang dok mengata tu, solat je tak cukup brader n sister, itu tiang je. Tapi kalau tak ade dinding dan atap hujan panas pun terkena juga.

“Eh jap sebenarnya aku nak tanya ni… betul ke sama?” tvlisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut mendedahkan ada terima k1riman mesej yang mengatakan wajahnya iras dengan lelaki itu.

View this post on Instagram

Eh sama mcm fizo omar la… . Ramai plak yg dok tweet n DM aku pasal mamat solat asar 2 rakaat ni.so aku pun terjebak la tgk sampai hbs video ni. . Pada aku simple je, salah tetap salah ape yg dia buat tu, tapi mcm xbest pulak smua orang dok bantai dia mcm2 psl dia menipu minta sedekah n solat asar 2 rakaat tu. . Soal minta sedekah tu, aku rasa mesti ada dalang di belakang dia,kalau fikir logik xkn la dia dtg jauh2 (aku rasa bkn local) dan terus boleh n berani buat keje ni.so alang2 kita dptkan dalang tu. N cuba kita faham dia plak, mungkin dia terpaksa, mungkin dia xtahu pape, mungkin dia tersepit…. allahualam… . Soal solat plak.. confirm ke dia tu Islam, kalau tidak mcm mne? N kalau dia islam dan tak solat itu dia dgn Tuhan, akaun masing2. . Jangan hina dia,mgkn Allah nak uji dia dan terus bg hidayah kat dia, jauh jd lebih baik dari kita semua, sapa tahu kan? . Yg dok mengata tu, solat je xckp brader n sister, itu tiang je.tapi kalau tak ade dinding n atap hujan panas pun terkena juga.. . Eh jap sebenarnya aku nak tanya ni… betul ke sama? #asar2rakaat

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Soal Minta Sedekah Tu Aku Rasa Mesti Ada Dalang Di Belakang ..” – Fizo Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*