“Hidup ambulans! Hidup ambulans!”
Begitulah ter1akan seorang lelaki gelandangan yang disaksikan membantu sebuah ambulans yang tersekat di sebatang jalan raya yang sesak di daerah Banceuy, Indonesia pada 13 November yang lalu.
pemandu ambulans itu send1ri, Muhammad Sandy Nugraha, menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya kepada detikcom pada keesokan harinya setelah rakaman video detik itu berlangsung menjadi tular di internet.
“Saya bergerak dari Rumah s4kit Al Islam menuju ke Rumah s4kit Sentosa sekitar jam 11 pagi dan kebetulan pada waktu itu terdapatnya demonstrasi yang sedang dilangsungkan di jalan Asia Afrika. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan jalan yang berlainan.
“Ada seorang gelandangan pes4kit mental sedang tidur di kaki lima di tepi jalan. Saya hanya membiarkannya. Ketika itu ambulans saya tersekat di jalan (di daerah Banceuy) kerana terdapat banyak kereta yang meletakkan kenderaan di sisi jalan. Kemudian, saya lihat lelaki tadi bangun dari tidur dan berlari mendekati ambulans saya,”
Berikutan hal itu, Sandy terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakamkan gelagat lelaki gelandangan itu yang berusaha sebaik mungkin untuk memberi arahan agar orang ramai membuka jalan supaya ambulans itu dapat melintasi jalan berkenaan dengan lancar.
Malah, selepas ambulans itu hampir berjaya lolos dari kesesakan lalu lintas, dapat dilihat bahawa lelaki gelandangan itu melaungkan kata-kata semangat “Hidup ambulans! Hidup ambulans!”
Ternyata, video yang dirakam oleh Sandy mendapat perhatian ramai dan menjadi peringatan kepada orang ramai.
“Saya hanya mahu memberi pengajaran bahawa lelaki yang mempunyai masalah mental juga boleh memahami situasi kecemasan. Saya tidak sangka rakaman ini akan menjadi tular sebegini,” ujar Sandy menjelaskan niat utamanya.
Memang tidak dapat dinafikan, melalui video yang dikongsikan, tindakan lelaki gelandangan tersebut memang sangat tidak disangka-sangka dan sungguh bermoral tinggi. Sehingga entri ini dihasilkan, k1riman video ini telah mendapat sebanyak 14,074 tontonan dan 188 komen dari para warganet.
Jelaslah nilai moral dalam d1ri seseorang tidak boleh dinilai berdasarkan rupa luaran. Hanya tindakannya sahaja boleh mencerminkan betapa murninya hati seseorang.
sumber : Era Baru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Be the first to comment on "Rakaman momen gelandangan pesakit mental buka jalan untuk ambulans di jalan raya yang sesak buat warganet ambil pengajaran"