Pendapatan Dari Foto Dedah Aurat

Apakah hukvm Pendapatan Dari Foto Dedah Aurat? Ini Jawapan Dan hukvmnya | Assalamualaikum.. Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa.

Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam.

Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukvmnya, tapi hukvmnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu.

Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukvm fotografi adalah h4ram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya.

hukvm yang kedua, hukvm melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukvmnya adalah h4ram.

Maka hukvm anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah h4ram hukvmnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang h4ram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukvm bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukvm bagi wasilah adalah hukvm dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih,

“Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang h4ram penggunaannya, h4ram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukvm asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya?

Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga)

Dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).

Contohnya harga pakej gambar ialah RM1000. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh.

Jadi saya memberikan rezeki RM600 itu kepada keluarga saya dan RM400 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM400 untuk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn Arba’een an-Nawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi)

Dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang h4ram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber h4ram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubhah.

Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan h4ram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04).

Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yang h4ram dalam urusan hidupnya.

Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : NasihatMedia


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pendapatan Dari Foto Dedah Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*