[VIDEO] Pelajar Buat Surprise Bagi Hadiah ‘Rare’ Dekat Cikgu Sebagai Tanda Perpisahan Bikin Netizen Sebak

Guru merupakan golongan yang dipandang tinggi dalam masyar4kat kerana bakti dan ilmu yang dicurahkan mereka untuk mendidik anak bangsa. Pengorbanan dan jasa mereka memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Sabrina ada berkongsi video surprise yang dilakukan olehnya dan rakan-rakan kelas sempena hari terakhir guru mereka di sekolah tersebut memandangkan gurunya itu akan berpindah dan berkhidmat di sekolah lain.

Menurut Sabrina, dia dan rakan sekelasnya yang lain telah mengumpulkan sejumlah wang untuk membelikan hadiah kepada guru tersebut sempena hari terakhir gurunya itu mengajar di sekolah berkenaan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik gadis itu, terpancar wajah kegembiraan Cikgu Zahar dan terharu melihat kesungguhan serta effort yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Guru ini juga tidak putus dengan senyuman sambil membuka hadiah yang diterimanya. Walau bagaimanapun, Cikgu Zahar juga dilihat cuba menahan daripada mengalirkan airmata kerana terlalu sebak.

 

Rata-rata netizen terharu melihat perkongsian daripada gadis ini yang menunjukkan kesungguhan dan penghargaan mereka buat guru ini. Reaksi yang ditunjukkan oleh Cikgu Zahar betul-betul mengundang sebak.

Sumber: Sabrina

via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pelajar Buat Surprise Bagi Hadiah ‘Rare’ Dekat Cikgu Sebagai Tanda Perpisahan Bikin Netizen Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*