Pakcik romantlk ‘order’ burger untuk hari jadi isteri dah dapat kek mewah

Baru-baru ini, telah tular satu kisah dimana seorang pakcik telah membeli burger gerai untuk isteri tersayang bersempena dengan hari ulang tahun bidadarinya itu.

Dia tidak sempat membeli kek memandangkan sudah larut malam dan mengambil keputusan singgah di kedai makan makanan barat untuk membeli burger.

Kisah tersebut telah mendapat perhatian meluas sehinggakan satu jenama francais kek terkenal Secret Recipe terpanggil untuk membelanja pakcik serta keluarganya kek di francais mereka sekitar Sungai Petani.

Pakcik romantik dah bagi isteri dia kek

Disambut dengan kek dan staf2

Pakcik tersebut yang dikenali sebagai Pakcik Razif telah membawa isteri dan anaknya ke kedai itudan disambut meriah oleh staf-staf yang bertugas.

Kelihatan wajah ceria isteri Pakcik Razif apabila diraikan dengan penuh meriah oleh semua yang berada di situ. Sebiji kek turut dihidangkan sebagai ganti kepada burger yang dibeli pada malam tersebut.

Seronok tengok bila semua happy

Sehubungan dengan perkembangan mengenai sambvtan hari lahir isteri Pakcik Razif, rata-rata netizen di Twitter telah men1ngg4lkan komen positif diatas tindakan segera francais kedai kek terkenal itu.

Mereka telah menzahirkan rasa seronok diatas layanan yang diberikan kepada keluarga bertuah tersebut dan memuji tindakan Pakcik Razif sebelum ini yang dianggap sweet oleh pengguna media sosial kerana masih mengingati hari ulang tahun isteri tersayang.

Semoga pakcik bahagia bersama isteri & anak2

Menangislah tengok

Sumber :Secretrecipemy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pakcik romantlk ‘order’ burger untuk hari jadi isteri dah dapat kek mewah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*