MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI KEKAL 717 SEHINGGA PAGI INI

KOTA TINGGI, 11 DIS : Mangsa banjir di daerah ini kekal seramai 717 mangsa dan masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan benc4na Negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah berkenaan sama dengan angka yang dikeluarkan malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, sehingga jam 8 pagi ini kesemua jalan-jalan di sekitar daerah ini yang berisiko dinaiki air boleh dilalui semua kenderaan.

“Keadaan keseluruhan setakat ini adalah terkawal,”katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Terdahulu, banjir di daerah ini yang membabitkan 13 kawasan itu telah menjejaskan sebanyak 182 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia, Sekolah Kebangsaan Mawai, Dewan Seri Teratai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota.

Antara lokasi terjejas banjir termasuklah Kampung Baharu, Kampung Changi, Kampung Jawa, Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Mawai Baru dan Kampung Sepak Hilir.

sumber : JohorKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI KEKAL 717 SEHINGGA PAGI INI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*