“Kononnya Nak Berkumpul Semua Adik Beradik, Last-Last…”- Kampung Achey Banjir!

Pelawak dan penyanyi Achey tidak menyangka apabila buat pertama kalinya, kampung orang tuanya di Labis, Segamat Johor dilanda banjir.

Rancangan Achey pada mulanya untuk menyambut hari lahir serta berkumpul bersama keluarga beramai-ramai bertukar apabila kampungnya mula dinaiki air dan banjir.

Namun Achey gembira melihat anak buahnya teruja merasai pengalaman banjir di kampung.

“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, sambut birthday dan ‘bergathering’ bersama… semua balik cun-cun… last-last birthday kemana, gathering kemana… semua kelam kabut melayan banjir.

“Sebenarnya sebab first time cucu- cucu Hamzah ni dapat tengok banjir kat kampung Atuk dia… ..

“Apa-apa pun menghiburkan keluarga lebih puas terasa …kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka…” tvlisnya.

Achey yang juga ahli kumpulan Bocey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama isteri serta anak bauhnya menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banjir.

Rata-rata terhibur melihat gelagat Achey dan anak buahnya.

Achey yang mend1rikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak lapan tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei tahun lalu.

View this post on Instagram

Kononnya nak berkumpul semua adik beradik .. sambut birthday n ber gathering bersama… semua balik cun2… last2 birthday kemana, gathering kemana… semua kelam kabut melayan banjir 🤣🤣🤣… pasal first time cucu2 hamzah ni dapat tgk banjir kat kg atuk dia… .. .. Apa pun menghiburkan kan keluarga lebih puas terasa …kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kononnya Nak Berkumpul Semua Adik Beradik, Last-Last…”- Kampung Achey Banjir!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*