Kecwa dengan isv susu plsang, Neelofa dkwa Melayu mahu jatvhkan bangsa sendiri

Umum sedia tahu yang baru-baru ini, Neelofa telah melancarkan produk minuman keluaran terbaru iaitu Susu Pisang Nilofa. Ramai yang tertunggu-tunggu susu pisang keluarannya dan ternyata sememangnya sedap seperti yang dinyatakan.

Namun, susu pisang Nilofa ini tidak ketinggalan terpalit dengan beberapa kontroversi sejak produk itu telah rasmi dijual dalam kalangan rakyat Malaysia. Disebabkan itu, Neelofa tampil menjelaskan isu dan keadaan sebenar yang melanda keatas produk minumannya itu.

“Bangsa Melayu oh bangsa Melayu”

Neelofa meluahkan kekecewaan mengenai sikap Melayu yang dikatakan mahu menjatuhkan bangsanya send1ri. Dia yang pertama kalinya berkecimpung dalam bidang makanan dan minuman ini, menyatakan supaya diberikan peluang bukannya kecaman tanpa asal usul periksa.

“Bangsa lain mungkin sedang tepuk tangan…”

Bertambah terkilan apabila isu tersebut diperbesarkan dan ditokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab. Jelasnya lagi, sikap seperti ini tidak perlu wujud jika mahukan ramai anak Melayu maju dalam bidang perniagaan.

Tiada tindakan KKM yang dilakukan!

Sekali lagi, Neelofa menyatakan tiada tindakan KKM yang dikenakan terhadap isu yang terjadi baru-baru ini. Malah KKM juga telah membuat penelitian terhadap produk dan kilang susu pisang miliknya itu.

Maklumat yang salah pada risalah

Neelofa juga mendakwa bahawa terdapat risalah yang ralat maklumat, telah tersebar melalui agen promosi pada sidang media yang dilakukan.  Neelofa juga menjelaskan sekali lagi, susu pisang Nilofa ini adalah untuk memberikan tumpuan kepada produk gaya hidup sihat.

Dalam setiap peniagaan, pastinya akan ada cabaran yang perlu ditempuhi. Dih4rapkan segala isu yang menimpa produk keluaran Neelofa ini bakal reda dan selesai dengan segera.

Sumber:MalaysiaKini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kecwa dengan isv susu plsang, Neelofa dkwa Melayu mahu jatvhkan bangsa sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*