Keadaan banjir di Johor terkawal

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini dilaporkan menurun kepada 8,527 orang, dengan keseluruhannya 89 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, berkata operasi pemantauan terus dilaksanakan oleh agensi berkaitan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk amaran hujan lebat yang berterusan.

Katanya, hanya lapan daerah terjejas banjir sehingga kini, dengan keadaan di lokasi terbabit terus dipantau berikutan peningkatan jumlah mangsa.

Di Kluang, sebanyak 28 PPS diaktifkan, diikuti Segamat (27), Kota Tinggi (15), Mersing (10), Pontian (3), Batu Pahat (3), Kulai (2) dan Johor Bahru (1).

Seramai 2,632 mangsa banjir direkodkan di Kluang membabitkan 730 keluarga berbanding, diikuti

Segamat (1,525 orang), dengan paras air sungai di daerah itu terus mencatatkan bacaan paras amaran berikutan hujan lebat sejak semalam.

Pasukan bomba dan penyelamat memberi bantuan mangsa terkandas akibat banjir di Jalan Mawai, Kota Tinggi. – Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

Di Kota Tinggi, 15 PPS dibuka, dengan jumlah mangsa menurun kepada 2,107 orang daripada 545 keluarga berbanding 2,123 orang daripada 545 malam tadi.

Mangsa banjir di Mersing pula menurun kepada 1,285 orang daripada 366 keluarga berbanding 1,288 orang daripada 364 keluarga malam tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Pontian melonjak kepada 266 orang daripada 54 keluarga berbanding hanya 218 orang daripada 53 keluarga sebelum ini.

Di Batu Pahat, mangsa banjir meningkat kepada 82 orang daripada 22 keluarga, diikuti Kulai (100 orang) dan Johor Bahru (569 orang).

Keseluruhannya, sembilan laluan utama di Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya masih ditutup kepada pengguna lalu lintas selepas ditenggelami banjir pada paras antara 2.0 hingga 2.6 meter.

Ia membabitkan Jalan Kota Tinggi – Mersing (Seksyen Laluan Sungai Mupur 2), Kubu, Simpang Tunjuk Laut, R&R Panti dan Ladang RISDA Ulu Sedili.

Turut ditutup sepenuhnya ialah Jalan Sungai Mas/Lokheng/Mawai membabitkan laluan di Sungai Semalok, Jalan Tanjung Sedili Seksyen Kampung Gembut dan Jalan Mawai Lama di Kampung Mawai Lama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : BH ONLINE


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keadaan banjir di Johor terkawal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*