“Kali Pertama Ke Masjidil Haram, Tatap Kaabah Depan Mata, Tak Sedar Air Mata Menitis Sendiri,” -Ernie Zakri

Ernie Zakri mended4hkan d1rinya rasa terharu apabila kali pertama dapat menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah dan lebih bermakna, rombongan berkenaan turut sertai ibu dan bapanya.

Malah pemilik nama lengkap, Nur Ernie Shahirah Zakrie ini turut menambah, dia juga bersyukur atas nikmat rezeki yang dilimpahkanNya.

View this post on Instagram

💓

A post shared by @ erniezakri on

“Alhamdulillah, syukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan ini. Sebelum ini tengok orang lain dapat pergi, saya sentiasa berdoa semoga suatu hari dapat sampai juga.

“Mungkin juga dengan berkat doa kawan, Allah perkenankan. Bagi saya, ini rahmat yang tidak terhingga. Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur.

“Kali pertama menjejakkan kaki ke Masjidil h4ram dan menatap Kaabah depan mata, tidak sedar air mata menitis send1ri. Segala perasaan ada.

“Terima kasih Allah kerana menjemput saya dan keluarga menjadi tetamu-Mu,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

View this post on Instagram

💙

A post shared by @ erniezakri on

Ernie yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi lagu Kubersuara Feberuari depan turut menjelaskan fokusnya di tanah suci adalah untuk melakukan ibadah dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan urusan. Fokus saya adalah ibadah. Di sini tak fikir langsung soal kerja. Rugi rasanya tidak manfaatkan masa yang ada ini dengan sebaiknya.

“Insya Allah, selepas ini nak bertolak ke Madinah pula. Saya juga berdoa semoga dipermudahkan laluan untuk ke Raudah. Saya akan cuba untuk masuk juga, walaupun orang cakap agak susah.

“Apa yang pasti, ini pengalaman berharga saya. Tidak dapat dicari di mana-mana. Betul orang cakap, di sinilah tempat paling tenang di muka bumi ini. Kalau diberikan rezeki lagi, saya pasti ke sini lagi,” impi Ernie.

View this post on Instagram

💓

A post shared by @ erniezakri on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kali Pertama Ke Masjidil Haram, Tatap Kaabah Depan Mata, Tak Sedar Air Mata Menitis Sendiri,” -Ernie Zakri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*