Elly Mazlein Kahwin Cikgu Kelantan 17 Januari 2020

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 39, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Mohamad Azlan, 29, pada 17 Januari depan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang baru sahaja melangsungkan pertunangan ini memilih seorang guru berasal dari Kelantan sebagai teman hidup.

Menurut Elly, dia berh4rap majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan bakal suami… Doakan semoga segala urusan perkahwinan kami berjalan dengan lancar.

“Kalau boleh saya mahukan setiap momen-momen majlis saya menjadi kenangan terindah buat saya dan suami… Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun Elly masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah bakal suaminya.

Elly memilih untuk mendedahkan wajah Azlan pada malam berinai yang bakal diadakan bulan depan.

Terdahulu, Elly pernah mend1rikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia.

Namun pasangan ini bercer4i pada 15 Oktober 2015.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Elly Mazlein Kahwin Cikgu Kelantan 17 Januari 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*