“Tak perlu diviralkan, ahli keluarga sedang sesuaikan diri” Elfira Loy ulas bahasakan diri kakak kepada anak

JIKA segelintir ibu bapa tidak membenarkan bayi mereka disentuh orang ramai, berbeza buat pelakon yang baharu bergelar ibu iaitu Elfira yang lebih memilih untuk menjaga hati.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, dia tidak akan menghalang sesiapa dari mendekati anaknya namun ibu bapa seharusnya lebih bijak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan bayi mereka.

Ini kerana, Elfira berkata, tidak semua ibu bapa peka mengenai peny4kit berjangkit yang boleh menyerang bayi melalui bersentuhan.

Elfira masih cuba menyesuaikan d1ri dengan panggilan baharu yang agak asing buatnya.

“Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk civm dia saya nak kena beritahu fasal benda tu atau halang mereka.

“Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu yang baby masih fragile dan kita tak tahu kalau-kalau dia ada kulit yang sensitif atau apa. Saya cuma h4rap yang mereka faham. Ada saja yang datang, pegang dan civm dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka s4kit hati saja.

“Jadi apa yang selalunya saya terus cuci tangan dan muka anak saya,” katanya.

Selain itu, Elfira berkata, dia dan bayi berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang malah gembira dengan pengalaman baharu yang dilaluinya itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataannya yang beberapa kali tersasul membahasakan d1rinya kakak kepada anaknya itu, Elfira menganggap ia perkara yang tidak seharusnya dijadikan isu.

Menurut Elfira, anaknya itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan masih cuba menyesuaikan panggilan baharu kerana sudah terbiasa dengan panggilan kakak sebelum ini.

“Mengenai isu itu, tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan. Ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan d1ri dengan kehadiran bayi dalam kelurga kami.

“Al maklumlah… cucu pertama, anak saudara pertama. Saya pun tak pernah ada anak buah yang nak panggil saya mama atau aunty El.

“Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan saya akan bahasakan d1ri sebagai kakak. Perkataan kakak itu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu,” ujarnya.

Elfira dan Faris Khairul Anuar mend1rikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak perlu diviralkan, ahli keluarga sedang sesuaikan diri” Elfira Loy ulas bahasakan diri kakak kepada anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*