‘Eh’ Nyanyian Zizi Kirana Cecah Lebih 1 Juta Tontonan Di YouTube!

Hampir sebulan disiarkan di YouTube, muzik video ‘Eh’ nyanyian Zizi Kirana telah meraih lebih 1 juta tontonan. Satu pencapaian yang luarbiasa!

Berkongsikan mengenai perkara ini di laman Instagramnya sebentar tadi, Zizi Kirana mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya dan bersyukur atas kejayaan ini.

View this post on Instagram

Alhamdulillah , Syukur Ya Allah .. Terima Kasih Semua Kesayangan Sia.. 🖤🐼 • • • #EH #EHZiziKirana #KesayanganSia

A post shared by Kesayangan Sia (@zizi_kirana) on

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 1,000 likes biarpun baru dimuatnaik kurang dari 30 minit. Bagi kami send1ri lagu ini agak catchy melodinya. L1riknya pula cukup unik dengan maksud yang tersirat.

Menurut Zizi Kirana dalam sebuah laporan oleh Harian Metro, dia berkata lagu ini ditujukan kepada netizen yang bersikap keterlaluan di laman sosial.

Tambahnya lagi, ketika menulis l1rik dan lagu ini dia membayangkan setiap per4ngai netizen di media sosial. Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Malah dia turut akui lagu ini juga adalah wakil dari selebriti yang menjadi mangsa buli siber.

Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Navigator dan Zizi Kirana serta l1rik oleh Mambang dan Zizi Kirana. Berikut adalah muzik video lagu ‘Eh’ nyanyian Zizi Kirana:

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada penyanyi ini di ruangan komen seperti berikut:

“Eh eh eh ni lagu fav saya tau..”

“Yeayyyy congrats akak sayang. Tetap berkarya untuk semua yang support akak”

“Eh eh eheheh mantap ba lagu mu sis”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Zizi Kirana / Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Eh’ Nyanyian Zizi Kirana Cecah Lebih 1 Juta Tontonan Di YouTube!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*