‘Dia Rela Hati Nak Tolong Cucikan Najis Ibu’ – Roslan Shah Dedah Sikap Sebenar Fasha Sandha

Seperti yang kita sedia maklum, ibu kepada pelakon dan pengacara, Roslan Shah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Lan disahkan menghidap kanser perut tahap empat. Apa yang lebih memilukan Cik Lan apabila doktor menjangkakan ibunya hanya boleh hidup dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun lagi.

Terbaru, menerusi satu posting di Instagram miliknya, Cik Lan ada meluahkan rasa terharu dan memuji sifat keperibadian aktress popular, Fasha Sandha yang sanggup menawarkan d1rinya untuk membantu menukar lampin dan mencuci n4jis ibu Cik Lan yang sedang s4kit di Singapura.

Tak semua orang boleh buat

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Semuanya Wanita yang bernama Fasha Sandha sebagai seorang Artis Pelakon terkenal / popular Ada yang Tidak ramai yang tahu sifat hatinya Dan caranya ini bukan REKAAN cerita ya. ….Allah saja yang tahu Dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah cik lan ya ..Dan ini di Depan Mata Cik lan sendiri yang melihatnya ….terasa terharu pun ada semasa Fasha Sandha datang ke rumah cik lan Sabtu petang bersama suami tercintanya Aidil Aziz untuk mengziarahi Ibu tercinta cik lan ya…….Semasa di bilik Ibu tercinta cik lan ….Ibu tercinta cik lan membuang najis ( membuang air besar ) Apabila Fasha Sandha tahu Ibu cik lan membuang air besar ( berak ) …Fasha Sandha dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik Ibu cik lan Dan dengan rela hatinya nak membantu / menolong cik lan membasuh Dan tukarkan Pampers Ibu tercinta cik lan sedang membuang air besar dari dari situ cik lan tersentuh Dan Sebak dalam hati tetapi cik lan diamkan diri saja…Fasha bukan Ahli keluarga cik lan fasha sanggup nak menolong membersihkan najis Ibu tercinta cik lan …Dan jugak cik lan menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu cik lan Dan cik lan Serta kakak tercinta cik lan uruskan ibu tercinta untuk membersihkan Dan tukarkan Pampers sendiri….Dari situ Seorang wanita yang bernama Fasha Sandha dari situ cik lan boleh lihat mulianya hati Fasha Sandha sebenarnya…Ini bukan membodek / memuji melambung bagi cik lan Ini lah wanita susah Kita nak mencari ….Tak ramai yang boleh buat…Kali pertama di Depan Mata cik lan seorang Artis Popular yang sangat merendah diri …..( Tadi sambil menulis cik lan dah sebak Serta menitis air Mata lagi ) terima kasih ya @fashasandha Dan suami tercintanya @itsaidilaziz …ini hak cik lan ingin menulis dengan Cara ikhlas FASDIL suami isteri Memang terbaik tabik …manggiferra @itsaidilaziz pun sedap Dan power Gila bend ya… tunggu cik lan Akan membawa masuk balik meniaga di Singapura ya… Doakan yang baik baik Amin…pujian sekali lagi dengan ikhlas ya @fashasandha @elisyasandhaofficial @mamasandha @syamel_official #share3 #Love3 Fasha Sandha pun Ada beritahu cik lan dia sangat sayang kepada Ibu tercintanya Dan adik beradiknya…aminn.

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Menerusi entri terbaru pengacara itu di laman Instagramnya, Roslan Shah telah memuat naik satu posting yang menceritakan sikap sebenar di sebalik nama pelakon cantik Fasha Sandha. Cik Lan memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha mempunyai hati yang sangat mulia kerana sanggup menawarkan untuk membantu membersihkan n4jis ibunya yang sedang s4kit.

Menurut Cik Lan yang kini berusia 46 tahun itu, dia berasa amat terharu dengan keikhlasan pelakon itu walaupun mereka bukan ahli keluarga, tetapi dia sanggup mahu menolong membersihkan n4jis tersebut. Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mencari seorang wanita yang sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor itu. Walaupun begitu, Cik Lan tidak mahu mengambil kesempatan ke atas pelakon itu dan menghalang Fasha daripada melakukan perkara tersebut kerana dia lebih selesa menguruskan hal itu send1ri. Baginya, keikhlasan dan kebaikan yang dilakukan pelakon cantik itu benar-benar menyifatkan Fasha sebagai seorang artis yang sangat merendah d1ri.

Fasha dipertemukan jodoh yang baik

Nampak dari raut wajah Fasha

Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya memuji tindakan mulia Fasha Sandha. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon cantik jelita ini merupakan seorang insan yang sangat merendah d1ri.

 

Sumber: Roslan Shah

via OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Dia Rela Hati Nak Tolong Cucikan Najis Ibu’ – Roslan Shah Dedah Sikap Sebenar Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*