Dari Model Ke Pelakon, Kini Haneesya Hanee Jadi Penyanyi Rap

Siapa tidak mengenali selebriti kontr0versi Haneesya Hanee? Dikenali sebagai model dan pelakon, Haneesya kini secara rasminya bergelar seorang penyanyi.

Bukan sahaja mempert4ruhkan bakatnya dalam muzik rap, malah kemunculan pertama Haneesya ini juga merupakan single duet pertamanya berkolaborasi bersama band Bimasakti.

Haneesya mendapat dorongan dari ibunya dan anggota kumpulan Bimasakti dan akhirnya bersetuju berkolaborasi dalam single Mengejar Mimpi.

“Sebenarnya pada awalnya susah untuk saya buat keputusan namun selepas berbincang dengan ibu dan Bimasakti, saya terima pelawaan mereka” katanya memetik laporan murai.My.

View this post on Instagram

IM SO EXCITED @bimasaktiband @17elevenmusic

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Pada mulanya lagu dinyanyikan menerusi versi asal namun ianya digubah mengikut kesesuaian dan memberikan kepercayaan buat selebriti yang berusia 19 tahun ini.

“Pada awalnya, mereka inginkan saya menyanyi dalam lagu itu tetapi kemudian dimaklumkan saya perlu menyanyikan rap. Saya send1ri tak pernah terfikir akan menjadi penyanyi rap. 

“Saya banyak merujuk dan mengambil inspirasi dari Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap,” ujarnya.

Sebagai info, Bimasakti dianggotai oleh Hazrull Aliff (Vokal), Nurazimullah (gitar) dan Nur Ilham (dram).

Kredit foto: murai.My

Lagu Mengejar Mimpi dicipta oleh Harris Yusoff dan l1riknya oleh gitaris Bimasakti, Jim. Lagu ini mengisahkan suka dvka hidup seseorang disebabkan oleh gejala buli siber yang semakin meluas. 

Amacam? Bagus ke Haneesya Hanee rap?  

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Cari


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dari Model Ke Pelakon, Kini Haneesya Hanee Jadi Penyanyi Rap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*