Dalam Hidup Kita Selalu Diuji, Ini Jawapannya

Kenapa Dalam Hidup Kita Selalu Diuji, Ini Jawapannya | Apa – apa pun perkara yang menimpa d1ri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.

Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, benc4na tanah runtuh, persengkataan politik, Dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik.

Tips untuk menghadapi ujian hidup dalam Islam, Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama Islam.

Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup, iaitu :

Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matangdalam mengharungi kehidupan.

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.

Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan.

Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia menguj1nya.

Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang mvrka, maka dia pun mendapat kemvrkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan d0sa-d0sa yang pernah kita kerjakan.

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan,

Kes4kitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari d0sa-d0sanya (H.R. Bukhari dan Muslim).

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa d1ri kita akan menjadi kebaikan.

Abu Yahya Shuh4ib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin.

Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.

Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan.

Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar.

( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester).

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.

Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam d1ri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan.

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu.

Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kej4hatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).

Ketujuh, menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.

Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha itu dengan doa.

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.

Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berh4rap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.

Apa – apa pun perkara yang menimpa d1ri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

KREDIT : Nasihat Ustaz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dalam Hidup Kita Selalu Diuji, Ini Jawapannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*