Che Ta & Zain Saidin Naik Pelamin Lagi!

Meraikan ulang tahun perkahwinan keenam, pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal bersanding sekali lagi di hadapan 100 tetamu di sebuah premis acara di Shah Alam, hari ini.

Menurut laporan BH Online, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dia dan Zain akan bersanding di pelamin tajaan yang dihiasi indah.

“Pada mulanya, kami mahu melakukan sesi fotografi seperti yang lazim dibuat apabila menyambut ulang tahun perkahwinan.

“Tetapi kali ini, Abu iaitu jurugaya saya, beritahu ada pihak yang mahu menaja pelamin dan premis acara.

“Jadi, sudah alang-alang dapat tajaan, saya mahu anjurkan kenduri. Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan bersanding sekali lagi,” katanya.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.

Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Che Ta berkata, hanya kenalan rapat termasuk mereka yang pernah menghad1ri majlis resepsinya, enam tahun lalu diundang pada majlis yang akan berlangsung di Royal Palace, Shah Alam, hari ini.

Sumber: BH ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Che Ta & Zain Saidin Naik Pelamin Lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*