“Walaupun gigi besar, saya boleh bagi duit pada ibu bapa” – Usop

PENYANYI Usop (Mentor) kesal dengan persepsi segelintir masyar4kat yang terlalu memberi peluang kepada artis berwajah komersial berbanding bakat sebenar yang dimiliki mereka.

Bagaimanapun, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 22, berkata, baginya, kekurangan dari segi rupa paras tidak menghalang untuk dia terus membuktikan bakat nyanyian dimilik kepada masyar4kat. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih semua yang hadir ke meet and greet saya. Tanpa anda siapalah saya❤️ #Rocketfuelent #akuyangbersalah #Selamanya

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial) on

“Saya akui mula-mula menapak dalam industri seni, saya rasa down. Saya sedar hanya mempertaruhkan bakat tanpa kelebihan rupa paras seperti artis lain.

Usop masih mampu tanggung keluarga hasil persembahan nyanyian setiap minggu.

“Tapi, Alhamdulillah… berkat kesabaran itu saya mula diterima dan hasil persembahan setiap minggu dapat juga saya bantu keluarga. Walaupun gigi saya besar, saya boleh bagi duit pada ibu bapa,” katanya ketika dihubungi mStar.

Usop diminta mengulas tentang tanggapan segelintir pihak yang percaya rupa dan paras menjadi pengukur kejayaan seseorang artis dalam industri hiburan.

Situasi itu menyebabkan ada segelintir artis yang tidak mempertaruh paras rupa dalam kerjaya menghadapi tekanan akibat cemuhan netizen seperti yang berlaku terhadap Zynakal.

Dalam pada itu tambah Usop, dia menjadikan aura-aura negatif itu sebagai pembakar semangatnya untuk terus berkarya dalam industri. 

“Kita kena berd1ri atas kaki send1ri, tutup telinga dan jauhkan benda-benda negatif. Jadikan negatif  ‘vibes’ itu sebagai pembakar semangat sebab tiada orang lain yang boleh tolong kita untuk berjaya melainkan d1ri send1ri,” ujarnya. 

 

Alhamdulillah… berkat kesabaran itu saya mula diterima dan hasil persembahan setiap minggu dapat juga saya bantu keluarga.

USOP 

PENYANYI

Bercerita tentang perkembangan nyanyian, pemuda kelahiran Kedah itu meluahkan hasrat untuk mencuba genre rancak pada lagu yang akan datang.

Usop berkata, dia enggan dilabel sebagai kaki jiwang oleh peminat-peminatnya berikutan sering membawa lagu-lagu berkaitan putus cinta.

“Kalau boleh nak move on daripada lagu putus cinta ni. Nanti ada pula orang kata saya kaki jiwang pula. 

“Mungkin, saya akan keluar dengan lagu yang catchy atau sweet-sweet lepas ni,” katanya. 

Usopmania meraikan hari kelahiran Usop yang ke-22 tahun di Red Box Karaoke The Gardens, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Usop menerima kejutan majlis hari jadi ke-22 tahun yang dianjurkan oleh kelab peminatnya Usopmania, di Red Box Karaoke The Gardens, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Majlis itu turut dihad1ri kira-kira 50 orang tetamu termasuk rakan-rakan dan ahli keluarganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awak birthday kite 24/10 ni awak tak nak bagi hadiah ke dekt kite😂

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Walaupun gigi besar, saya boleh bagi duit pada ibu bapa” – Usop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*